Monday, November 14, 2011

Happy 18th Birthday Amirul!~

Semalam birthday Amirul - adik aku yang last. Umur dia dah 18 tahun. Kitorang satu family celebrate 12hb sebab 13hb abang keje & amirul pun ada kerja kena setel kat U mana tah. Lupa pulak.

So, kitorang pegi makan kat Saba' Restaurant. Our favourite place. Kenyang dan berbaloi! Takde nak cerita banyak. Let the pics do the talking. =)


Adam promote Saba nampak


Sofea yang good girl hari tu, tak lari-lari



Adam bacakan doa makan

Nasi arab + roasted chicken


Birthday cake - aku suka yang cake sponge ni. Sedih sekarang takde orang nak present bagi cake ni kalau tiba birthday. Kak syida kata next year dia nak buat untuk birthday aku!


Tiap kali gambar aku mesti selebet. sabar je la.


Abang yang masih tersenyum walaupun rumah baru dilanda banjir + Hp rosak


Nenek & cucu

Kak Syida & Sofea




Daddy's girl

Adam tersandar kekenyangan


Aki & Abang setelah dipaksa senyum





Perfect picture aite!

Happy Birthday Adik!~ Semoga menjadi anak yang soleh & taat pada ibu bapa. Semoga mendapat segala yang terbaik dalam hidup dunia & akhirat. Amin.



++ Live.Life.Cool ++

Sara Bareilles - Gravity


Lame dah tak dengar lagu ni. Dulu almost everyday dengar. Lagu ni seriously very soothing plus lyric dia very deep. Tengah demam + sakit gigi bila dengar music macam ni rilex sikit rasanya. Sara FTW!

++ Live.Life.Cool ++

Friday, November 11, 2011

Adele - ''Someone Like You''


++ Live.Life.Cool ++

Tuesday, November 8, 2011

Bila waktu telah berakhir [Babak Akhir]

Lagu latar: Maha Melihat - Opick feat Amanda



seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

reff:
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan


andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

---------------------------------------

Babak Akhir - (di tanah perkuburan)


Genap 2 bulan pemergian arwah Nur ke rahmatullah. Kehilangannya amat dirasai terutamanya pada Khalid. Khalid seperti hilang tempat bergantung. Khalid tak betah tanpa kehadiran Nur disisi. Tiap pagi dia bangun, tercari-cari di mana Nur. Tiap malam semasa beradu, tidak lena dia teringatkan Nur.

Tanpa Nur, cahaya hidup Khalid jadi suram. Khalid jadi patah kaki. Dia rindukan senyuman isterinya itu. Senda gurau, tawa mesra, nasihat dan kata-kata hikmah dari isterinya. Dia rindukan belaian kasih sayang Nur. Sungguh dia merindui saat-saat indah mereka bersama. 28 tahun hidup bersama serasa bagai sekelip mata Nur ditarik pergi dari sisi. Terasa sasau juga Khalid pada mulanya. Saat ini harta benda pun tak mampu menceriakan hatinya yang suram kelam itu.

Mujurlah Adib dan Sara sentiasa menemani. Tidaklah Khalid berasa terlalu sunyi. Keletah dua beradik itu sentiasa membuat Khalid tersenyum.

Adib: Walid, jangan sedih macam ni. Nanti tak tenang ummi di sana.

Sara: Yelah walid. Kita doakan ummi tenang disana ye. InsyaAllah kita doakan ummi ditempatkan dikalangan para kekasih Allah. Ummi pun tentu sedih kalau tengok walid macam ni.

Dua beradik itu kasihan melihat walid mereka. Sugul saja sejak pemergian arwah ummi. Tidak lalu makan. Tidak bersemangat seperti biasa. Ummi, betapa kau permata berharga dalam hidup kami. Kehilanganmu amat kami rasai....

Khalid: Walid rasa masih tak cukup nak membalas jasa arwah ummi kamu tu. Walid rasa tak cukup lagi untuk walid berbakti kepada arwah. Arwah banyak berkorban untuk walid. Walid tak sempat balas semuanya....walid...walid...rindu....(menitis air mata lelakinya..sebak dadanya. Sungguh dia tidak tegar hidup tanpa Nur.)

Adib: Walid, yang berlalu tu usahlah kita kenangkan lagi. Adib yakin arwah ummi dah maafkan segalanya. Dalam tempoh 23 tahun ni walid dah banyak berubah. Doa arwah ummi dah termakbul. Itu sudah cukup besar hikmahnya walid. Janji Allah, yang hidup semuanya pasti akan mati. Redhalah walid.

Sara: Syukurlah kita semua dapat berbakti kepada arwah ummi. Sara pun tak dapat nak balas didikan dan kasih sayang arwah. Sara pun rindukan arwah, walid. Walaupun dia bukan ibu kandung Sara, tapi kasih sayang arwah melebihi segalanya. Tapi Sara lebih suka doakan agar arwah tenang bersemadi di sana. Sara tau..arwah ummi takkan pernah tinggalkan kita. Dia sentiasa ada dalam hati kita ni.


Adib: Walid jangan sedih sangat ye..Adib dengan Sara kan ada. Kami takkan tinggalkan walid keseorangan, insyaAllah. Adib dah janji dengan arwah ummi akan jaga walid sampai ke akhirnya jika diizinkan Allah.

--------------

Nur....lihatlah Nur. Betapa kedua anak ini membesar menjadi anak yang soleh dan solehah dengan didikanmu, Nur. Abang berhutang budi padamu...Terima kasih Nur. Sudi menjadi sinar cahaya dalam hidup kami. Terima kasih Allah, Kau hadirkan Nur sebagai pelengkap hidup kami. Sebagai penunjuk ke arah jalan kebenaran untuk aku yang alpa satu ketika dahulu.

Ya Allah, Kau ampunkanlah dosaku padaMU. Sesungguhnya aku hambaMu yang hina ya Allah. Terlampau banyak dosaku padaMu..pada isteriku. Ampunkanlah aku ya Rabb..berilah kesempatan padaku untuk memperbaiki hidup ku ini. Aku tak ingin kecewakan Kau..Aku tak ingin kecewakan Nur yang telah banyak membantuku untuk berubah..untuk berusaha menjadi hambaMu yang taat..dan bertaqwa.

Nur...Abang cinta padamu...takkan pernah mati rasa ini selagi diizinkan Allah.
Bersemadilah dengan aman ya sayang.
Al-fatihah untukmu...
++ Live.Life.Cool ++

Bila waktu telah berakhir [Babak 5]

Lagu Latar : Pada Syurga Di Wajahmu - Nash



Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...

----------------------------------------------------

Babak 5 - (di rumah Nur)

Khalid merenung sayu ke arah Nur yang sedang mengelamun jauh. Melihat Nur memeluk diri bingkas Khalid mencapai selimut nipis di atas katil dan membalut kemas tubuh isteri kesayangannya itu. Jemarinya yang bersentuhan dengan kulit tangan Nur dirasakan begitu sejuk. Kasihan Nur. Seharusnya dengan kesejukan yang menggigit tubuh itu dia bawa saja Nur masuk ke dalam rumah. Tetapi dia tidak mahu mengganggu Nur yang sedang asyik khayal di dalam dunianya..

Nur: Abang, sedap ye lagu ni. (Nur menggenggam tangan Khalid)

Khalid: Lagu favorite abang ni. Lagu ni abang dedikasi khas buat Nur. (Khalid memberi senyuman manis kepada Nur sambil duduk disamping isterinya itu)

Nur taktau kenapa setiap hari Khalid akan memutarkan lagu Pada Syurga Di Wajahmu itu. Kadang Nur lihat air mata Khalid bergenang. Ahh..lelaki itu sungguh baik. Jiwanya sungguh tulus. Hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikan suaminya itu. Satu persoalan Nur yang tidak terjawab sehingga kini, mengapa Khalid sudi memperisterikannya yang serba kekurangan itu.

Dia lumpuh. Terpaksa berkerusi roda. Tapi dia bahagia, punyai suami yang prihatin, penyayang serta dua orang anak yang begitu comel dan taat. Dua anak kecil itu adalah zuriat Khalid bersama bekas isterinya dulu. Tetapi mereka betah tinggal bersamanya. Kebaikan apakah yang telah dilakukannya pada masa lalu sehinggakan Allah memberi nikmat yang tidak terhingga ini kepadanya.

Khalid: Nur, dosa abang pada Nur tak terhingga. (ucap Khalid perlahan)

Seperti biasa, Nur tidak sedar. Dia hanyut dalam dunianya sendiri.

Khalid insaf. Dosa dia pada Nur takkan boleh ditebus. Kerana dia, Nur jadi lumpuh. Kerana dia, Nur jadi amnesia. Nur hilang ingatannya ketika kepalanya dihentak bertalu-talu dengan pemegang pisau pada hari kejadian yang memilukan itu. Nur lupa apa yang terjadi. Yang Nur tahu, Khalid adalah pahlawan Nur. Pahlawan gagah perkasa yang berhati mulia kerana sudi mengambil dia sebagai suri meski tahu dia cacat begitu. Ya Allah. Kasihanilah isteriku ini ya Allah.....Kau berikanlah dia segala apa yang terbaik di dunia ini dan diakhirat sana. Air mata Khalid bergenang lagi.

Sesungguhnya Khalid bersyukur ingatan Nur tentang perkara buruk dimasa lalu telah hilang. Tetapi hakikat kaki Nur yang lumpuh tidak mampu Khalid maafkan dirinya sendiri. Syukurlah Adib dan Sara tidak berterusan menyalahkan dirinya. Sekarang, anak berdua itu bersama-sama membantu dia menjaga Nur dengan baik. Mereka hanya ingin berikan kegembiraan kepada Nur. Cahaya hidup mereka yang mereka kasihi.

++ Live.Life.Cool ++

Bila waktu telah berakhir [Babak 4]

Babak 4 - (di rumah Nur)

Kedengaran azan Subuh berkumandang dari radio yang dipasang oleh Nur. Di kawasan perumahan Astana Jiwa memang tiada masjid. Maklum sajalah kawasan perumahan elite. Orang-orang kaya di sini bongkak dan ego kononnya. Enggan diganggu dengan bunyi-bunyian yang mengganggu ketenteraman mereka. Ya Rabbi. Begitu sekali keadaannya sehinggakan Nur kadang kala terfikir, tidak solatkah mereka? Tidak berpuasakah mereka? Gerun dia memikirkannya. Bala yang Allah akan timpa pada sesuatu kaum itu bukan pada mereka saja tetapi mungkin bakal terkena pada dia sekeluarga. Pantas Nur beristighfar. Mohon dijauhkan segala musibah itu ya Allah. Terdetik rasa menyesal membeli rumah dikawasan itu. Tapi mengenangkan Khalid beriye benar ingin menetap di sini, Nur turutkan jua permintaan suaminya itu.

Khalid yang sedang baring di sofa tidak tidur rupanya. Otaknya sedang ligat berfikir. Menilai sikapnya kepada Nur sebentar tadi. Ya Allah. Bukan salah Nur. Sedikit pun tak ada salah pada isterinya itu. Bahkan isterinya telah banyak berkorban masa, tenaga dan harta untuk mereka sekeluarga. Untuk anak kecil dua orang yang bukan darah daging Nur pun. Ahhh...!! Syaitan manakah yang telah merasuk jiwanya sehingga dia jadi manusia yang tidak berhati perut? Dosa Khalid pada Nur tidak terkira. Sudikah Nur ampunkan kesalahan dia? Khalid kecewa dengan tindak tanduk sendiri.

Tiba-tiba...pintu rumahnya ditendang kuat sehingga terbuka. Khalid terkejut dan bingkas bangun. Hadi dan kuncunya menerjah.

Hadi: Woii celaka! Tak jantan la lu pukul perempuan. Aku tak sangka kau ni dayus rupanya.

Khalid: Kau jangan buat pasal Hadi. Aku lagi tak sangka kau jenis kebas awek kawan!

Hadi: Kawan? Lid, sejak kau kawin dengan Nur takde istilah kawan dah bagi kita. Aku cintakan Nur sejak dulu lagi. Kau sebenarnya lelaki yang kebas awek kawan. Kau tak layak dipanggil kawan! Lepas tu, kau tau kan aku suka si Nani tu. Kenapa kau nak kebas jugak! Memang dasar keparat!

Hadi melayangkan kayu yang dibawanya ke arah Khalid. Pantas Khalid mengelak. Mereka berlawan satu dengan satu. Dua orang kuncu Hadi bersiap sedia memberi serangan sekiranya diperlukan.
------------------------

Nur yang sedang mengemas di dapur sambil bersembang dengan Adib dan Sara tersentak mendengar hingar bingar di ruang tamu.

Nur:
Adib, duduk kat dapur dengan adik. Ummi nak tengok apa jadi kat luar tu.

Adib: Baik ummi. Hati-hati ye!
--------------------------

Nur menjenguk ke ruang tamu, dilihatnya Khalid sedang berlawan dengan seseorang. Eh! Hadi. Dia kenal Hadi. Kenal sangat. Hadi ialah jiran sekampung Nur. Pening Nur memikirkan kenapa dua lelaki itu bergaduh teruk seperti itu.

Nur: Abang! Hadi! sudahlah tu...berhentilah. Jangan gaduh lagi. (Hampir pitam Nur melihat darah dan lebam dibadan Khalid)

Nur berlari ke arah Khalid. Tidak sanggup melihat suaminya dipukul begitu. Dengan pantas dua orang kuncu Hadi menangkap Nur dan menghalang dia daripada mencampuri pergaduhan Hadi dan Khalid. Pergelangan tangan Nur dicengkam kemas oleh kuncu Hadi. Nur tak berdaya melawan kekuatan lelaki berdua itu. Dia hanya melihat Khalid dibelasah rakus oleh Hadi yang sepertinya dirasuk hantu syaitan.
-----------------------

Syam: Hadi! Baik kau berhenti.

Hadi menoleh dan melihat Syam mengacukan sepucuk pistol ke arahnya. Syam, merupakan ahli geng mereka. Namun Syam lebih menggangap Khalid sebagai ketua. Syam mengetahui daripada anak buahnya yang Hadi akan datang ke rumah Khalid untuk membalas dendam ke atas Nani yang telah dipukul Khalid petang tadi.

Hadi: Rileks arr bro! Kau tengok jantan celaka ni. Dia memang patut mati. Kau berani ke nak bunuh aku? Aku takde hal. Tapi Mat dengan Ali kena bunuh Nur dulu. Amacam, ade bran? Hahahaha

Syam melihat Nur di peluk erat dari belakang oleh Mat. Pisau yang dihunus di leher Nur membuat Syam sedikit kaget. Dua orang mangkuk tu memang patut mati. Tapi Nur, dia terlalu baik untuk dibunuh begitu.

Khalid: Syam, jangan syam. Nur dalam bahaya.

Hadi menyepak perut Khalid bertubi-tubi.

Hadi: Mampus kau Khalid. Memang kau patut mati. Nur kau serah aje lah pada aku. Hahahaha...

Syam nekad. Dia perlu melepaskan tembakan ke arah Mat dan Ali. Tetapi Nur yang meronta ingin melepaskan diri membuatkan Syam tidak dapat fokus. Sedang Syam ingin menekan picu pistol, Khalid yang mempertahankan diri dari serangan Hadi secara tidak sengaja menolak Hadi sehingga terjatuh dan terlanggar Syam. Malangnya, dua das tembakan terlepas dan terkena kaki Nur. Darah membuak mengalir. Pisau yang dihunus di leher Nur terguris jua apabila Syam melepaskan dua das lagi tembakan yang mengenai Mat dan Ali.

Ali yang kesakitan ditembak di dadanya terhuyung hayang dan tetap enggan melepaskan Nur. Nur merentap kasar pegangan Ali dan saat itu Nur jatuh tersembam ke lantai dan kepalanya terus dihentak bertubi-tubi dengan pemegang pisau oleh Mat. Sedas lagi tembakan di lepaskan Syam dan mengenai dada kiri Mat. Terkulai dua jantan keparat itu disisi Nur.

--------------------------------
Adib dan Sara yang mengintai dari dapur terus menerpa ke arah ummi mereka. Sara sudah menangis-nangis melihat Nur longlai disisi abangnya. Adib tidak tahu apa perlu dilakukan. Dia hanya memanggil-manggil umminya dengan harapan umminya itu akan sedar. Khalid yang menyedari keadaan Nur segera merapati Nur. Dia tidak kisah apa yang terjadi pada Hadi. Harapannya semoga Syam 'selesaikan' terus mamat berdebah itu.


Khalid: Nurrrrr....maafkan abang, sayang. Abang berdosa pada Nur. Jangan tinggalkan abang...tolong Nur....bukak mata ...tahan Nur..jangan tinggalkan abang....ampunkan abang sayang...abang bersalah..abang berdosa (Memangku kepala Nur sambil mengesat air mata yang mencurah)

Nur tidak memberi reaksi.

Khalid: Adib, tolong ambilkan handphone walid cepat! Sara, ambilkan kunci kereta atas meja tu sayang.

Khalid menelefon ambulans. Dia berkira-kira di dalam hati sekiranya ambulans mengambil masa yang lama untuk tiba, dia akan bawa isterinya ke hospital dengan kereta. Nur tak boleh pergi dalam keadaan begini. Dia tidak sanggup kehilangan cahaya hidupnya dengan cara yang begitu. Hancur luluh hati Khalid melihat tubuh isterinya yang terlantar dipenuhi darah itu.



++ Live.Life.Cool ++

Bila waktu telah berakhir [Babak 3]

Babak 3 - (Recap Skandal - di Kondominium Nani)

Khalid dan Hadi merupakan sahabat baik. Mereka bersahabat sejak zaman universiti lagi. Keakraban mereka boleh diibaratkan bagai isi dengan kuku. Andai salah seorang daripada mereka diganggu, nahaslah orang itu dikerjakan geng mereka.


Hari itu sebenarnya Khalid serabut memikirkan perangai Nani yang berubah. Khalid tertanya sejak bila Nani bersama dengan Hadi? Bukankah Nani sudah berjanji untuk setia dengan dia sahaja?

Nani itu skandalnya Khalid. Sejak 2 tahun yang lalu Khalid mula menjalin hubungan cinta dengan Nani. Datin Seri yang seksi itu sering membuat Khalid tak keruan. Tak lena tidurnya. Selalu rasa diawang-awangan. Wang yang ditabur kepada Khalid menggelapkan matanya. Nur; isterinya yang sah itu diabaikan terus.

Lewat petang tadi sewaktu ingin bertemu dengan Nani di bawah kondominium Badarsila, Khalid ternampak kelibat Nani dengan Hadi. Aksi mereka sungguh mesra. Berderau darah Khalid. Kalau diikutkan nak aja dia menyepak Hadi disitu. Kata kawan, apa barang ambil hak orang - getus hatinya.


Sejurus selepas Hadi beredar, Khalid terus menuju ke rumah Nani untuk bersemuka.

Khalid: You ni dah kenapa Nani? Sejak bila you dengan Hadi pulak? Dah gatal merenyam sangat ke?

Nani: You peduli apa? Hidup I, suka hati I lah. Sekurang-kurangnya Hadi tu bukan suami orang. Sasa, hebat, kaya, kacak pulak tu. You apa ada? Menumpang harta bini you tu aje lah. Nasiblah bini you tu buta tak nampak perangai setan you ni. Kalau tak lama dah you kena tendang keluar rumah tu.

Nani bengang sebenarnya lepas terserempak Jasmeen berkepit dengan Khalid di shopping complex terkemuka kelmarin. Panas hatinya. Sudahlah dia benci dengan perempuan tak sedar diri tu. Saingannya dalam industri seni.

Khalid: You jangan nak lebih-lebih Nani. Ni cuba bagitau I kenapa tiba-tiba je you jadi macam nie?

Nani: Dasar lelaki buaya darat. Semua you nak kan? Macam I taktau you suruh I setia la ape la dengan you tapi you yang menggedik dengan GRO mana-mana ntah. Jijik I. Tak pasal nanti I dapat penyakit entah apa-apa. Agaknya you tu pun dah kena aids, sifilis semua tu. Yuckss!

Khalid: Shut up! (Ego Khalid tercabar dengan kata-kata Nani. Lengan Nani ditarik kasar. Ditolak badan itu ke dinding dan dilempangnya Nani berkali-kali) Kau mulut tu baik jaga-jaga sikit. Kau ingat kau cantik sangat ke? Kalau kau takde duit tak ingin aku dekat tau!

Nani:*Ptuih* Hey setan! Memang patut bini kau dulu tinggalkan kau. Lelaki dayus! Bini sendiri pun tak reti nak ajar ada hati nak dapat perempuan baik-baik. Nasib je tu kau dapat si Nur. Memang buta perempuan tu. Perempuan paling bangang pernah aku jumpa. hahahaha (sengaja Nani mengapi-apikan keadaan)

Tubuh Nani dihenyak ke sofa dan dilayangkan tamparan sekuat hati ke muka Nani. Kemudian Khalid terus keluar daripada kondominium tersebut. Memandu keretanya tanpa arah tujuan. Sebab itulah awal pagi tadi baru dia pulang ke rumah.

++ Live.Life.Cool ++

Bila waktu telah berakhir [Babak 2]


Babak 2 (di dapur & meja makan)



Nur bergegas menuju ke dapur. Sebal hatinya. Air mata yang ditahan sejak malam tadi gugur jua membasahi pipi mulusnya itu. Tak bolehkah khalid berlembut kata dengannya. Khalid telah banyak berubah. Panggilan kau aku mana pernah Khalid gunakan dulu. Bukan Nur tak tahu kenapa jadi begitu. Tapi sengaja dia tidak mahu ambil peduli kerana dia sangat menyayangi Khalid dan anak-anak. Dia tak mahu keluarga ini hancur musnah. Justeru dia hanya menutup mata akan kesalahan-kesalahan Khalid terhadapnya. Tapi, perasaan tetap perasaan. Nur juga manusia biasa yang tak lepas daripada merasa kecewa dan sedih terhadap perilaku Khalid lewat kebelakangan ini.

Nur: Sara, tolong ummi bawakkan gelas ni ke depan ya. (Mengesat air mata. Tersenyum sambil mengelus lembut rambut Sara).

Sara: Baik ummi. Tapi boleh Sara bawak dua gelas dulu, lepas tu dua gelas lagi tak? Sara takut terpecah macam hari tu la kalau Sara bawak guna dulang ni. (Tangan Sara sudah memegang 2 gelas minuman sambil memandang wajah umminya)

Nur: Boleh sayang. Sara bawak hati-hati ok. (Sengaja Nur memberi kerja kepada Sara supaya anak itu terbiasa dengan kerja rumah nanti).

Wajah polos itu mengusik hati Nur. Ahh..anak kecil itu apa yang dia tahu. Suci hatinya. Masih putih tanpa sebarang hitam kaldu yang membalut jiwa..

Adib yang sedari tadi tersentak dengan kelakuan walidnya hanya berteleku senyap di meja makan. Sedih Adib melihat umminya. Adib tau ummi selalu menangis sembunyi-sembunyi. Kadang tu waktu solat malam, Adib terdengar esakan kecil ibu sambil memohon doa kepada Tuhan agar sejahtera rumahtangganya dengan walid. Adib kurang mengerti apa yang terjadi tetapi dia tetap tidak puas hati walidnya berperangai begitu.

Di sekolah, ustazah kata ibu merupakan makhluk Allah yang istimewa, harus dihormati dan disayangi. Tapi walidnya beria menjerkah ummi sebentar tadi. Mungkinkah walidnya dirasuki syaitan? Adib tenggelam dalam khayal persoalan yang bermain dimindanya.

Usai menghidang makanan di meja, Adib membaca doa dan diaminkan oleh Nur dan Sara.

Adib: Ummi, makan lebih sikit ya. Adib tengok ummi dah kurus sangat ni. Ummi jangan sedih-sedih. Bila Adib dah besar nanti, kalau ada sesiapa yang buli ummi kenalah orang tu dengan Adib.

Tersenyum Nur mendengarkan bicara Adib yang bersungguh itu. Nur bangga, meski anak itu bukan zuriatnya namun Adib sangat menyayangi Nur sepenuh hati. Bahkan melebihi ibu kandungnya sendiri.

Nur: Ummi kurus ke Adib? Ummi rasa dah gemok gedempol ni. Dah nak sama dengan Makcik jual ABC kat tepi jalan tu ha. (gurau Nur)

Adib: Tak la ummi. Ummi dah kurus tau. Adib suka tengok ummi gemuk sikit. Nampak comel. Happy je muka ummi nanti.

Sara: Ye...ye..betul tu abang. Sara setuju. Ummi kurus tak sedap Sara nak peluk nak golek-golek dengan ummi nanti. (Manja rengekan Sara)

Tergelak Nur mendengar celoteh dua beradik itu. Saat hatinya sedang rawan ini, Allah berikan dia 2 insan kecil sebagai penghibur hati. Sungguh dia bersyukur. Anak-anak itu amat dia sayangi

Nur: Hahaha..Yelah anak ummi sayang. Nanti ummi makan banyak-banyak biar ummi gemuk macam Kungfu Panda tu ok? Dah, cepat sikit makan tu dah nak habis waktu imsak ni.

++ Live.Life.Cool ++

Bila waktu telah berakhir [Babak 1]



Pelakon:


Zul Huzaimi - Khalid

Siti Nurhaliza - Nur


Adi putra - Hadi

Nanu Baharudin - Nani

Syamsul Yusof - Syam

Ilyas Suhaimi - Adib
Mia Sara - Sara

Zul Ariffin - Adib (dewasa)

Siti Saleha - Sara (dewasa)




Latar masa: Tahun 2006.
Latar tempat: Di sebuah rumah banglo 2 tingkat.

Kawasan Perumahan Astana Jiwa - Kuala Lumpur.
------------------------------------------------------------
Lagu Intro: Allah Ya Nur - Opick



Dalam hitam kelam malam
Dalam sepi rinduku ya Allah

Suara rintih dalam dada
Dahaganya hati tanpa Mu
Ya Allah Ya Allah
Karna jiwa yang meronta
Hampa segala tanpa cahaya Mu

Ya Allah Ya Rohman
Ya Allah Ya Rohim
Subhanallah wabihamdihi
Subhanallah hil adzim...2x

Dalam lelah dalam resah
Dalam bimbang hilang arahku Zikrullah
Karena jiwa yang meronta
Hampa segala tanpa cahaya Mu

Allah Ya Nurul Adzim
Allah Ya Nurul Mukminin
Allah Ya Nurul Adzim
Allah Allah Ya Nur


----------------------------------------------

Babak 1 - (diruang tamu)

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya:


Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya. [Bukhari & Muslim]


Seperti malam-malam yang lalu kawasan perumahan besar dan megah itu dingin, sunyi dan sepi. Seandainya sebatang jarum jatuh di atas jalan raya nescaya dentingnya akan jelas kedengaran. Begitulah diibaratkan keadaan seawal jam 5 pagi di Taman Astana Jiwa.

Dihujung jalan, sebuah rumah banglo 2 tingkat kelihatan terang benderang dilimpahi cahaya lampu neon. Itulah mahligai kediaman Nur, wanita yang baik peri budinya. Beliau tinggal disitu bersama suami tercinta, Khalid; jejaka berkumis nipis yang agak tampan dan 2 orang anak kecil yang comel bernama Adib dan Sara.

-----------------------------

Jarum jam di dinding menunjukkan ke angka 5 pagi. Bunyi deruman enjin kereta memasuki perkarangan garaj rumah menandakan kepulangan Khalid yang menghilang sejak semalam.

Khalid masuk ke rumah. Briefcase dicampaknya ke atas meja kecil ditengah ruang tamu seiring merebahkan diri di atas sofa empuk yang berwarna merah hati.

Nur yang sedar Khalid telah pulang pantas berlari-lari anak menuju ke ruang tamu untuk menyambut suaminya itu. Hampa bila melihat sekujur tubuh kaku di atas sofa. Fikiran tidak enak yang menerpa sejak semalam segera dia usir jauh. Tanggungjawab sebagai isteri wajib dia laksanakan sebaiknya.

Nur: Abang, kita sahur sama ye?

Nur memegang tangan khalid yang hangat itu. Dikucupnya lembut dan terus membuka stokin Khalid. Khalid diam tidak menyahut.

Nur: Abang... (perlahan menggerakkan kaki khalid)...dah pukul 5 lebih ni takut tak sempat sahur pulak. Nur risau kalau abang tak makan nanti gastrik abang datang balik. (lirih suara Nur).

Khalid: Hmmm....kau makanlah dulu dengan anak-anak. Aku dah makan tadi! (Khalid merengus. Memeluk tubuh seraya memusingkan badan membelakangi Nur).

Nur: Abang, Nur ada masak gulai ikan patin kesukaan ab......

Khalid: Ehh! cuba jangan kacau boleh tak? Kepala aku tengah sakit ni. Nak makan, makan aje lah! Ikan patin ke ikan tenggiri ke ikan duyung ke ada aku kisah? Serabut otak tau tak.. Abangg...abanggg... Abang kejadahnya pagi-pagi nie! Dah, pegi sana makan. (Meninggi suara khalid memarahi Nur).

++ Live.Life.Cool ++

Salam Aidiladha 1432H/2011

Assalamualaikum wbt.

Belum terlewat lagi untuk aku ucapkan Selamat hari raya aidiladha buat muslimin muslimat semua. Agak seronok tahun ni meraikan aidiladha sebab tahun ni kali pertama aku buat sumbangan untuk ibadah korban walaupun hanya 1 bahagian. Belum mampu lagi nak korban seekor lembu/kambing/unta. InsyaAllah aku akan teruskan buat sumbangan ni seandainya tiada masalah kewangan. InsyaAllah.

Tahun ni aku & family bersolat kat Masjid UTM. Aku asyik lupa nama masjid tu tapi suka lah solat kat sana. Masjid agak baru, sejuk dan tenang sangat. Ada la dalam 200 lebih jemaah hari tu.

Lepas bersolat makan-makan kat rumah dulu sebab plannya nak pergi ke rumah ayah abang fizal kat Jalan Ipoh kemudian pergi Klang ziarah Mak Mah & Mak Ani.

So, menu kat rumah aku pada hari kejadian ialah:

1) Spaghetti
2) Laksa Johor
3) Sate
4) Nasi impit
5) Kari ayam
6) Serunding
7) Cupcake coklat

Ni antara gambar yang sempat diambil. Yang lain tak sempat nak snap.




Dalam pukul 11.30 kot macam tu pergi rumah Ayah Abang fizal pulak. Sadis sangat sebab dah ready bawak dslr sekali terlupa bawa bateri. Sangat kecewa! Terpaksa ambil gambar pakai handphone adik aku. Actually, aku teruja sangat nak ambil gambar sebab family & cousin semua pakai jubah.

Gambar makanan pun tak dapat nak ambil. Tapi kitorang makan nasi beriyani kat situ dan celebrate birthday Nina. Sebelum tu kami buat bacaan tahlil dan doa sikit.



Gambar-gambar di bawah adalah hasil cilok dari fb cousin aku. ahaKs! sori ambil tanpa permission.



Petang tu pulak pergi Klang ziarah makcik aku 2 orang tu. Kesian takde siapa kat sana. Menu diorang buat untuk kitorang ialah seperti dibawah. Sedap bangat!



Tak ambil gambar makcik aku 2 orang tu coz diorang tak pakai tudung pulak.

Balik rumah lepas makan ubat aku muntah dengan jayanya. Aku sebenarnya tak boleh makan rendang ke kari ke - makanan yang berempah la kiranya. Nanti aku cepat sakit perut. Dah tu banyak pulak aku makan hari tu. Amazing sangat padahal dah lama tak dapat makan banyak sejak kurang sihat dulu. Tahniah untuk diri sendiri.

Tak dapat bersembang dengan kawan dekat forum malam tu. Lepas muntah rasa sangat pening. So, terus tido.

Sekian sajalah ceritera aidiladha aku pada tahun ini.

Semoga aku berkesempatan untuk sambut aidiladha pada tahun-tahun mendatang. Semoga jugak mak ayah aku berkesempatan menunaikan haji sebelum diorang menutup mata. Semogalah Allah permudahkan jalan mereka sebab halangan utama diorang sekarang ni adalah kewangan saja. Aku selalu mendoakan hajat mereka untuk ke sana termakbul. InsyaAllah. Amin.


++ Live.Life.Cool ++

 

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Love Purple and Maroon. Meluah kata kadang tidak semudah yang difikirkan. Pabila berbicara, banyak hati yang perlu dijaga sehingga ada kalanya kita terpaksa mengabaikan perasaan sendiri. Terkadang bila ingin meluah, lidah kelu untuk melontar butir kata. Gembira, marah, merajuk, suka, duka semuanya dipendam. Keterbatasan emosi membuat kita kerap menyimpan rasa dalam hati. Lantas ruang kecil ini aku jadikan satu medium untuk aku meluah rasa dan idea. Bahkan aku harap agar setiap emosi yang mewarnai diri ini akan menjadikan hidup aku lebih bermakna untuk aku kenangi sebagai kisah klasik yang indah.

Sofie's Mind Copyright ©. Designed by Whitey Mommy