Sunday, December 18, 2011

Lain kali jangan banyak berkhayal

Hari khamis & Jumaat, aku berada dalam keadaan yang sangat marah. Walhal dah lama aku tak rasa perasaan marah macam ni. Paling tidak aku akan rasa geram dan kembali pulih dalam beberapa ketika.

Kenapa kau tanya? Aku sangat marah sebab difitnah. Termasuk kali ni dah 3 kali orang yang sama memfitnah aku. Padahal aku dah tak ambil tahu tentang si polan dalam hampir setahun ni. Aku tak ingin dan aku bukannya terdesak. Dan juga aku sangat marah kepada manusia yang kononnya meluat dengan tindakan orang yang difitnah menegur & memberi pengajaran kepada si pemfitnah.

Tahu tak dosa memfitnah tu lebih besar daripada dosa membunuh. Itu Allah yang cakap bukan aku.

Kau tak berada di tempat kami. Makanya, sudah tentu kau rasa tidak apa. Cuba kau kena sekali dua. Mahupun tiga kali. Masih boleh bersabarkah engkau dengan si polan tu? Kalau kau dapat bersabar memang aku tabik. Kau tak tahu cerita dari awal. Kau main terjah bahagian tengah. Aku agak walau kau dah tau, mungkin kau buat-buat tak tahu aje kot. Yelah. wanita yang menjaga aib orang lainlah katakan.

Sebenarnya kalau nak bercerita tentang aib, kadang tu bukan kita yang sengaja membuka aib orang. Walaupun aib si polan disimpan kemas, tapi kalau sendiri yang tak reti menjaga aib sendiri kau fikir macam mana? Allah tu maha besar. Kau ingat orang yang kena aniaya senang-senang Allah nak biarkan ke?

Itulah, aku dah kata jangan berkhayal banyak sangat. Khayal tentang masa depan yang belum tentu akan wujud. Khayal tentang masa lalu yang dah berlalu dan takkan dapat diputar kembali. Nanti syaitan menyelit dalam diri. Hiduplah sebaik-baiknyanya pada hari ni. Kau manfaatkan hari yang sedang dijalani ni. Jangan buat perkara lagha banyak sangat. Jangan sakitkan hati manusia. Kau banyak sangat masa lapang ke apa?

Kau buat salah dengan Allah, kau boleh mintak ampun dengan Allah. Kau buat salah dengan manusia. Kat padang masyar nanti kau cariklah dengan keadaan umat manusia yang berhimpit-himpit macam semut. Pandai-pandailah kau uruskan.

Lagi satu, kadang kau buat salah dengan manusia atau dengan Allah. DIA tak bagi balasan kat kau serta merta. Mungkin DIA bagi kat orang sekeliling kau. Orang terdekat kau. Orang yang kau sayang. Kalau kau tak sedar diri jugak aku taktau lah apa nak kata. Sebenarnya kau tahu tak apa tujuan kau hidup atas muka bumi ni? Sekadar berseronok aje ke? Fikir weh..jangan banyak khayal. Masa kita kat dunia ni tak banyak. Esok lusa kena tarik nyawa takut tak sempat nak bertaubat, mintak ampun kat Allah - mintak maaf kat manusia yang kau fitnah, yang kau sakitkan hati diorang.

Sedarlah weh. Aku pun bukannya baik sangat. Tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik sekurang-kurangnya pada diri sendiri, keluarga & orang terdekat aku. Aku dah taktau nak kata apa dah. Nasib baik hari ni aku dah mellow sikit. Kalau ikutkan hati nak aje aku lempang kau tau tak. Dah sudah. 2 hari aku fikir pasal kau. Malas aku nak layan lebih-lebih nanti kau fikir kau tu diva popular malaysia. tak kuasa aku!

----------------------------------

"Dalam soal fitnah ini, Rasulullah saw menyifatkan pelaku perbuatan fitnah ini sebagai seorang yang muflis sebagaimana hadis yang bermaksud:-

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?” Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta". Lalu Rasulullah saw menjawab: "Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah, seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya waktu di dunia ia pernah mencaci maki seseorang, menuduh (memfitnah) seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR Muslim)"

p/s: mak aku membebel sebab aku terlupa keluarkan tisu dari poket seluar. habis berterabur dalam mesin basuh. Ampun mak!
++ Live.Life.Cool ++

0 comments:

 

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Love Purple and Maroon. Meluah kata kadang tidak semudah yang difikirkan. Pabila berbicara, banyak hati yang perlu dijaga sehingga ada kalanya kita terpaksa mengabaikan perasaan sendiri. Terkadang bila ingin meluah, lidah kelu untuk melontar butir kata. Gembira, marah, merajuk, suka, duka semuanya dipendam. Keterbatasan emosi membuat kita kerap menyimpan rasa dalam hati. Lantas ruang kecil ini aku jadikan satu medium untuk aku meluah rasa dan idea. Bahkan aku harap agar setiap emosi yang mewarnai diri ini akan menjadikan hidup aku lebih bermakna untuk aku kenangi sebagai kisah klasik yang indah.

Sofie's Mind Copyright ©. Designed by Whitey Mommy