Monday, January 29, 2007

Selamat Hari Jadi!!

Diam tak diam dah masuk 21 tahun dah aku arinie. Aku bersyukur sebab masih dipanjangkan umur oleh Allah utk hidup di atas bumiNya ini. Syukur Alhamdulillah. Doa & harapan aku ialah semoga aku akan menjadi insan yg lebih baik pada hari ini dan hari2 mendatang. Semoga aku tabah menghadapi segala dugaan & cabaran serta berjaya dalam segala apa yang aku lakukan. InsyaAllah..Amin.

Sepanjang hidup aku x pernah aku sambut birthday aku sensorang. Selalunya dgn family laa kan. Tapi untuk birthday kali ni sangat berbeza. Aku sambut sorang2 aje. Takde sesiapa di samping aku. Housemate aku balik kl. Family aku pun ade kat kl gak. Rasa pelik sangat. Agaknya inilah perasaannye bila umur da semakin meningkat & hari jadi perlu diraikan seorang diri. hmm…perasaan baru yang perlu aku lalui utk tahun2 seterusnya.

Tepat jam 12 tgh malam td Fadiah dtg wish Happy Birthday & bg card. Then kawan2, cousin and family yg lain bg message wish birthday. Thanks to those who wishing & praying the best for me on my birthday. Fadiah, Rafi, Izura, Suhana, Kak Yui, Ayah, Mak, Aki & Adik, Hazirah & also Nabielah & Haizun. Thank you very much dear.

Memandangkan aku tak dapat tido macam biasala aku masuk forum. Reply mane2 yang patut & baca mana2 topic yang best. Sambil tue download lagu. Khusyuk sangat sampai tak perasan da kul 4.30. Tapi mata x ngantuk lagi. Hmmm.. Insomnia. Semalam lagi teruk. Asyik sangat mendownload vclip M&M sampai aku tido kul 6.00 pagi. Pastu bangun kul 3.00 ptg. haha. Tido mati laa tue. Da la cuaca pun redup aje. (Pahang kan tgh ujan skang). So, kul 3 pun rase cam kul 8 pagi. hehe. Hampeh tul aku nie. Anak dara apa laa nie yek.

Esok nak kena study. Ade 2 test midterm satu ari isnin & satu agi ari rabu. Aku da bazir 2 ari semata2 utk surf internet & tido sampai tak sedar diri. Kalo x study esok alamat kantoi laa aku. Da masuk umur baru azam & semangat kena laa baru jugak ye tak.

Okey laa..sampai sini aje laa aku potpet potpet memandangkan file yg aku tgh download da nak abes. Esok2 aku sambung lagi.

Selamat tidur semua!

~Amelia Sofie Azmi~


++ Live.Life.Cool ++

 

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Love Purple and Maroon. Meluah kata kadang tidak semudah yang difikirkan. Pabila berbicara, banyak hati yang perlu dijaga sehingga ada kalanya kita terpaksa mengabaikan perasaan sendiri. Terkadang bila ingin meluah, lidah kelu untuk melontar butir kata. Gembira, marah, merajuk, suka, duka semuanya dipendam. Keterbatasan emosi membuat kita kerap menyimpan rasa dalam hati. Lantas ruang kecil ini aku jadikan satu medium untuk aku meluah rasa dan idea. Bahkan aku harap agar setiap emosi yang mewarnai diri ini akan menjadikan hidup aku lebih bermakna untuk aku kenangi sebagai kisah klasik yang indah.

Sofie's Mind Copyright ©. Designed by Whitey Mommy