

Aku jumpe petikan kata2 yang sangat benar dan membenihkan harapan untuk diri ini terus berusaha hidup dengan lebih baik dan menjadi insan yang bersyukur.Terima kasih kepada tuan penulis. (“,)
“Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…
Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi”
Adam berkhatan hari nie. Umur baru 5 tahun. Comel sangat pagi-pagi dah bangun siap sedia nak pegi klinik. Mak call tadi cakap Adam sangat baik. Doktor pun puji sebab tak banyak ragam. Tapi bile balik rumah aje terus merengek-rengek kesakitan. Bius dah habis agaknye tu.
Hari nie macam-macam cerita yang didengar. Cerita Fadila, Haizun, Kak Wan & Kak Salmi. Kadang-kadang best jugak bila pinjamkan telinga untuk orang meluah perasaan. Lega sikit agaknya diorang tue. Anyway, sedih sikit hari nie gaji tak masuk lagi. Tapi kena cool. Nak mengeluh pun tak guna sebab duit tue tak akan masuk secara tiba-tiba kan? Unless Allah nak bagi kejutan kepada hambanya yang kesempitan nie. hehe..
Actually kena buat SRS untuk Medical Record tapi mood masih mellow dan menjadi agak slow. Tapi kena buat gak sebab due date Stephanie dah bagi 15/12/09. Hopefully dapat siapkan before tarikh tersebut. InsyaAllah.
Malam nie sister ajak pergi makan McDonalds. Tapi kewangan tak mengizinkan. Macam mana lah nak buat nanti. Takde idea lagi. Ya Allah…bantulah hambamu ini…(-_-”)
Have a nice chit chat with my brother. Lama dah tak borak hepi-hepi same-same. Borak pasal Farmville - can u imagine? Then borak pasal Fishville, Facebook, kawan dia (mualaf) kawen ngan my SIL punya cousin.
Yang kelakarnya boleh dia tanya sebelum ni aku belajar kat mana. MMU or Uniten? hehe so funny. And he don’t know (or maybe forgot already)kat mana Aki study. It’s UIA la abang. Umm..nvm, as long as dia ada hati nak tau ..
Great feeling tonight!~
Sofie's Mind Copyright ©. Designed by Whitey Mommy