Kedengaran azan Subuh berkumandang dari radio yang dipasang oleh Nur. Di kawasan perumahan Astana Jiwa memang tiada masjid. Maklum sajalah kawasan perumahan elite. Orang-orang kaya di sini bongkak dan ego kononnya. Enggan diganggu dengan bunyi-bunyian yang mengganggu ketenteraman mereka. Ya Rabbi. Begitu sekali keadaannya sehinggakan Nur kadang kala terfikir, tidak solatkah mereka? Tidak berpuasakah mereka? Gerun dia memikirkannya. Bala yang Allah akan timpa pada sesuatu kaum itu bukan pada mereka saja tetapi mungkin bakal terkena pada dia sekeluarga. Pantas Nur beristighfar. Mohon dijauhkan segala musibah itu ya Allah. Terdetik rasa menyesal membeli rumah dikawasan itu. Tapi mengenangkan Khalid beriye benar ingin menetap di sini, Nur turutkan jua permintaan suaminya itu.
Khalid yang sedang baring di sofa tidak tidur rupanya. Otaknya sedang ligat berfikir. Menilai sikapnya kepada Nur sebentar tadi. Ya Allah. Bukan salah Nur. Sedikit pun tak ada salah pada isterinya itu. Bahkan isterinya telah banyak berkorban masa, tenaga dan harta untuk mereka sekeluarga. Untuk anak kecil dua orang yang bukan darah daging Nur pun. Ahhh...!! Syaitan manakah yang telah merasuk jiwanya sehingga dia jadi manusia yang tidak berhati perut? Dosa Khalid pada Nur tidak terkira. Sudikah Nur ampunkan kesalahan dia? Khalid kecewa dengan tindak tanduk sendiri.
Tiba-tiba...pintu rumahnya ditendang kuat sehingga terbuka. Khalid terkejut dan bingkas bangun. Hadi dan kuncunya menerjah.
Hadi: Woii celaka! Tak jantan la lu pukul perempuan. Aku tak sangka kau ni dayus rupanya.
Khalid: Kau jangan buat pasal Hadi. Aku lagi tak sangka kau jenis kebas awek kawan!
Hadi: Kawan? Lid, sejak kau kawin dengan Nur takde istilah kawan dah bagi kita. Aku cintakan Nur sejak dulu lagi. Kau sebenarnya lelaki yang kebas awek kawan. Kau tak layak dipanggil kawan! Lepas tu, kau tau kan aku suka si Nani tu. Kenapa kau nak kebas jugak! Memang dasar keparat!
Hadi melayangkan kayu yang dibawanya ke arah Khalid. Pantas Khalid mengelak. Mereka berlawan satu dengan satu. Dua orang kuncu Hadi bersiap sedia memberi serangan sekiranya diperlukan.
------------------------
Nur yang sedang mengemas di dapur sambil bersembang dengan Adib dan Sara tersentak mendengar hingar bingar di ruang tamu.
Nur: Adib, duduk kat dapur dengan adik. Ummi nak tengok apa jadi kat luar tu.
Adib: Baik ummi. Hati-hati ye!
--------------------------
Nur menjenguk ke ruang tamu, dilihatnya Khalid sedang berlawan dengan seseorang. Eh! Hadi. Dia kenal Hadi. Kenal sangat. Hadi ialah jiran sekampung Nur. Pening Nur memikirkan kenapa dua lelaki itu bergaduh teruk seperti itu.
Nur: Abang! Hadi! sudahlah tu...berhentilah. Jangan gaduh lagi. (Hampir pitam Nur melihat darah dan lebam dibadan Khalid)
Nur berlari ke arah Khalid. Tidak sanggup melihat suaminya dipukul begitu. Dengan pantas dua orang kuncu Hadi menangkap Nur dan menghalang dia daripada mencampuri pergaduhan Hadi dan Khalid. Pergelangan tangan Nur dicengkam kemas oleh kuncu Hadi. Nur tak berdaya melawan kekuatan lelaki berdua itu. Dia hanya melihat Khalid dibelasah rakus oleh Hadi yang sepertinya dirasuk hantu syaitan.
-----------------------
Syam: Hadi! Baik kau berhenti.
Hadi menoleh dan melihat Syam mengacukan sepucuk pistol ke arahnya. Syam, merupakan ahli geng mereka. Namun Syam lebih menggangap Khalid sebagai ketua. Syam mengetahui daripada anak buahnya yang Hadi akan datang ke rumah Khalid untuk membalas dendam ke atas Nani yang telah dipukul Khalid petang tadi.
Hadi: Rileks arr bro! Kau tengok jantan celaka ni. Dia memang patut mati. Kau berani ke nak bunuh aku? Aku takde hal. Tapi Mat dengan Ali kena bunuh Nur dulu. Amacam, ade bran? Hahahaha
Syam melihat Nur di peluk erat dari belakang oleh Mat. Pisau yang dihunus di leher Nur membuat Syam sedikit kaget. Dua orang mangkuk tu memang patut mati. Tapi Nur, dia terlalu baik untuk dibunuh begitu.
Khalid: Syam, jangan syam. Nur dalam bahaya.
Hadi menyepak perut Khalid bertubi-tubi.
Hadi: Mampus kau Khalid. Memang kau patut mati. Nur kau serah aje lah pada aku. Hahahaha...
Syam nekad. Dia perlu melepaskan tembakan ke arah Mat dan Ali. Tetapi Nur yang meronta ingin melepaskan diri membuatkan Syam tidak dapat fokus. Sedang Syam ingin menekan picu pistol, Khalid yang mempertahankan diri dari serangan Hadi secara tidak sengaja menolak Hadi sehingga terjatuh dan terlanggar Syam. Malangnya, dua das tembakan terlepas dan terkena kaki Nur. Darah membuak mengalir. Pisau yang dihunus di leher Nur terguris jua apabila Syam melepaskan dua das lagi tembakan yang mengenai Mat dan Ali.
Ali yang kesakitan ditembak di dadanya terhuyung hayang dan tetap enggan melepaskan Nur. Nur merentap kasar pegangan Ali dan saat itu Nur jatuh tersembam ke lantai dan kepalanya terus dihentak bertubi-tubi dengan pemegang pisau oleh Mat. Sedas lagi tembakan di lepaskan Syam dan mengenai dada kiri Mat. Terkulai dua jantan keparat itu disisi Nur.
--------------------------------
Adib dan Sara yang mengintai dari dapur terus menerpa ke arah ummi mereka. Sara sudah menangis-nangis melihat Nur longlai disisi abangnya. Adib tidak tahu apa perlu dilakukan. Dia hanya memanggil-manggil umminya dengan harapan umminya itu akan sedar. Khalid yang menyedari keadaan Nur segera merapati Nur. Dia tidak kisah apa yang terjadi pada Hadi. Harapannya semoga Syam 'selesaikan' terus mamat berdebah itu.
Khalid: Nurrrrr....maafkan abang, sayang. Abang berdosa pada Nur. Jangan tinggalkan abang...tolong Nur....bukak mata ...tahan Nur..jangan tinggalkan abang....ampunkan abang sayang...abang bersalah..abang berdosa (Memangku kepala Nur sambil mengesat air mata yang mencurah)
Nur tidak memberi reaksi.
Khalid: Adib, tolong ambilkan handphone walid cepat! Sara, ambilkan kunci kereta atas meja tu sayang.
Khalid menelefon ambulans. Dia berkira-kira di dalam hati sekiranya ambulans mengambil masa yang lama untuk tiba, dia akan bawa isterinya ke hospital dengan kereta. Nur tak boleh pergi dalam keadaan begini. Dia tidak sanggup kehilangan cahaya hidupnya dengan cara yang begitu. Hancur luluh hati Khalid melihat tubuh isterinya yang terlantar dipenuhi darah itu.
0 comments:
Post a Comment