Showing posts with label Happy Hour. Show all posts
Showing posts with label Happy Hour. Show all posts

Wednesday, April 7, 2010

Exam ITPM + Nasi Ayam Kerinchi




CASE - My class.

Yup, hari ni exam ITPM di UTM, Jalan Semarak. Segalanya berjalan dengan lancar walaupun sepatutnya exam start pukul 9.00am tapi tiba-tiba aje Amalie kata exam start lambat pukul 9.40am. Aiyarkkk...suka-suka hati aje Lecturer nie tukar waktu. Melepek aje laa kitorang menunggu kat depan bilik exam tue. Anyway, kertas nie ada 8 soalan kena jawab 5. So far, 1 soalan je yang aku tibai sebab takde idea langsung. huhu..Hopefully jawapan-jawapan ku itu diterima baik oleh lecturer.InsyaAllah..


Melepek di atas sofa merah nie sementara tunggu exam start.


Mata sembap sebab tido lewat..jerawat seketul sbg pemanis muka..huhu

Lepas habis exam Abang Lan bawak pergi makan nasik ayam dekat Kerinchi. Aini pun join sekali. Actually dulu Abang Lan dah pernah bawak pergi sini dengan Haizun. Unfortunately kedai tu tutup pulak. Takde rezeki. Tapi hari ni alhamdulillah, kedai tue bukak. Sementara menunggu Abang Lan sampai perut dah berkeroncong nasib baik ada coklat sneakers dalam bag. Ngap aje lah coklat tu dulu. Laparrrr....


Sneakers si penyelamat perut.



Menunggu Abg Lan & Aini.



Kat luar UTM.

Yeah..Akhirnya Abang Lan & Aini sampai. Luckily jalan tak jammed. So, agak cepat lah jugak sampai ke destinasi. Walaupun mulut sakit yang amat, tetap ku gagahkan diri juga membuka mulut seluas-luas nya untuk makan nasi ayam Kerinchi ini. Nasib baik aku order yang biasa punya aje. Abang Lan & Aini order yang special punya. Seronok betul tengok diorang habis makan nasi ayam tu.

So far semua ok terutama sup dia. Memang best sampai tambah 2 kali ok. Cuma ayam dia liat sikit. Ke sebab aku sakit mulut maka ayam nie menjadi susah untuk aku kunyah?huhu.. Lagi satu yang kureng sket tempat nie sebab dia takde kipas angin. Mak aiii...dah laa aku nie alergik panas. Bermandi peluh aku kat situ.



Makanan dah sampai...!!~


Aini hepi dapat makan nasi ayam free~


Nie ayam biasa je.


Yang nie ayam special.


Nasi dia macam nasi ayam hainan.


Abang Lan khusyuk menjamu selera.


Yeah...pinggan diorang dah clear. Aku pulak yang tak abes makan.


Thanks Abg Lan belanje kami makan kat sini..!~

Ohh..lupe plak..seperti biasa time makan kat sini ada seekor kucing yang datang nak lepak-lepak kat bawah kerusi aku.Comel sangat kucing tu. Dan ini kali pertama aku makan tak bersila. Sebab kucing tu pusing-pusing kejap je then dia tidur kat bawah meja. Cute giller...hehe








Aini kata jangan takut dengan kucing. Kucing ni ada 6th sense tau someone tu baik atau sebaliknya. So, kalau dia datang kat kita maknanya dia suka kita laa..Lagipun Aini kata murah rezeki kalau layan kucing.

Kucing nie pun memang baik. Tak kacau orang pun. Good cat!~




++ Live.Life.Cool ++

Thursday, March 18, 2010

Good food = Good mood

Seronok pergi keluar makan sama-sama semalam. Happy sangat semua orang. Kami pergi makan kat tempat baru. Nama restaurant tu e-Station Cafe. Aku makan spaghetti bolognise. Memang sedap! Cuma ice cream dia tu agak kurenggg sikit. Tak berapa menepati citarasa aku. Tapi tak sempat pulak nak ambil gambar spaghetti tu. ohh...tak dilupakan juga menu yang sangat sedap iaitu seafood tofu & ape seaweed ntah. Memang mengancam giller makanan tu. Dah aku masukkan dalam senarai makanan favorite aku..hehe


Ting Tong! Brother nie datang nak amik order.


Tengah pilih menu.


Ice cream yang haizun pilih nie sedap!


Bersungguh mereka makan ice cream..huhu


Dedua buat muka selebet kena terjah ngan paparazzi..haha


Berselera giller haizun makan nasi bercheese itu!~


Ya....Saya sangat suka makanan di e-Station Cafe!~


++ Live.Life.Cool ++

Wednesday, March 17, 2010

Kesukaanku!!~

Yeayy..tengok tue. Ini adalah avatar aku kat Cari Forum. Aku suka kereta mini purple tu. Aku suka rumah kecil kaler purple dan pagar yang ada gantung gambar hati tu. Suka nama aku Cinta Ungu dan suka nombor 2,4 dan 8 tu. Sukanyaaaaa…!!



++ Live.Life.Cool ++

 

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Love Purple and Maroon. Meluah kata kadang tidak semudah yang difikirkan. Pabila berbicara, banyak hati yang perlu dijaga sehingga ada kalanya kita terpaksa mengabaikan perasaan sendiri. Terkadang bila ingin meluah, lidah kelu untuk melontar butir kata. Gembira, marah, merajuk, suka, duka semuanya dipendam. Keterbatasan emosi membuat kita kerap menyimpan rasa dalam hati. Lantas ruang kecil ini aku jadikan satu medium untuk aku meluah rasa dan idea. Bahkan aku harap agar setiap emosi yang mewarnai diri ini akan menjadikan hidup aku lebih bermakna untuk aku kenangi sebagai kisah klasik yang indah.

Sofie's Mind Copyright ©. Designed by Whitey Mommy