Sunday, December 18, 2011

Cermin Mata Baru

Tadaaa!
Hari Khamis aku buat spec baru, semalam dah dapat.


Yang ni full frame. Frame dia kaler purple campur biru sikit kot.
Light purple la tapinya. Spec lama tu frameless.
Aku suka je dua-dua.

Aku beli spec ni murah, tak sampai RM200. Kira cukup-cukup allocation yang company bagi untuk claim spec la. Tak mampu nak beli yang ratus-ratus macam orang lain. Asalkan aku nampak jalan, nampak huruf, nampak muka orang. Okeylah tu kan?

Aku perasan sekarang ni sofea dah banyak ikut perangai aku. Duduk makan kat luar pun bersila. Junk food yang aku makan pun dia makan. Gaya kat rumah pun macam aku.

Cumanya aku takde la aktif macam dia. Pesen ulat beluncas sangat tak reti duduk diam walau seminit. Kaki tu macam ada spring. Asyik nak main aje kerjanya.

Gigi Adam masih tak tumbuh lagi. Semalam dia muntah-muntah & diarrhea. Kesian sangat. Duk ulang alik toilet sampai pagi. Pukul 11 pagi baru dapat tidur lena agaknya.






++ Live.Life.Cool ++

0 comments:

 

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Love Purple and Maroon. Meluah kata kadang tidak semudah yang difikirkan. Pabila berbicara, banyak hati yang perlu dijaga sehingga ada kalanya kita terpaksa mengabaikan perasaan sendiri. Terkadang bila ingin meluah, lidah kelu untuk melontar butir kata. Gembira, marah, merajuk, suka, duka semuanya dipendam. Keterbatasan emosi membuat kita kerap menyimpan rasa dalam hati. Lantas ruang kecil ini aku jadikan satu medium untuk aku meluah rasa dan idea. Bahkan aku harap agar setiap emosi yang mewarnai diri ini akan menjadikan hidup aku lebih bermakna untuk aku kenangi sebagai kisah klasik yang indah.

Sofie's Mind Copyright ©. Designed by Whitey Mommy