Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia
Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara
Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa
Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia
Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya
Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar
Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa
Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda
Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar
Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama
Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...
----------------------------------------------------
Babak 5 - (di rumah Nur)
Khalid merenung sayu ke arah Nur yang sedang mengelamun jauh. Melihat Nur memeluk diri bingkas Khalid mencapai selimut nipis di atas katil dan membalut kemas tubuh isteri kesayangannya itu. Jemarinya yang bersentuhan dengan kulit tangan Nur dirasakan begitu sejuk. Kasihan Nur. Seharusnya dengan kesejukan yang menggigit tubuh itu dia bawa saja Nur masuk ke dalam rumah. Tetapi dia tidak mahu mengganggu Nur yang sedang asyik khayal di dalam dunianya..
Nur: Abang, sedap ye lagu ni. (Nur menggenggam tangan Khalid)
Khalid: Lagu favorite abang ni. Lagu ni abang dedikasi khas buat Nur. (Khalid memberi senyuman manis kepada Nur sambil duduk disamping isterinya itu)
Nur taktau kenapa setiap hari Khalid akan memutarkan lagu Pada Syurga Di Wajahmu itu. Kadang Nur lihat air mata Khalid bergenang. Ahh..lelaki itu sungguh baik. Jiwanya sungguh tulus. Hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikan suaminya itu. Satu persoalan Nur yang tidak terjawab sehingga kini, mengapa Khalid sudi memperisterikannya yang serba kekurangan itu.
Dia lumpuh. Terpaksa berkerusi roda. Tapi dia bahagia, punyai suami yang prihatin, penyayang serta dua orang anak yang begitu comel dan taat. Dua anak kecil itu adalah zuriat Khalid bersama bekas isterinya dulu. Tetapi mereka betah tinggal bersamanya. Kebaikan apakah yang telah dilakukannya pada masa lalu sehinggakan Allah memberi nikmat yang tidak terhingga ini kepadanya.
Khalid: Nur, dosa abang pada Nur tak terhingga. (ucap Khalid perlahan)
Seperti biasa, Nur tidak sedar. Dia hanyut dalam dunianya sendiri.
Khalid insaf. Dosa dia pada Nur takkan boleh ditebus. Kerana dia, Nur jadi lumpuh. Kerana dia, Nur jadi amnesia. Nur hilang ingatannya ketika kepalanya dihentak bertalu-talu dengan pemegang pisau pada hari kejadian yang memilukan itu. Nur lupa apa yang terjadi. Yang Nur tahu, Khalid adalah pahlawan Nur. Pahlawan gagah perkasa yang berhati mulia kerana sudi mengambil dia sebagai suri meski tahu dia cacat begitu. Ya Allah. Kasihanilah isteriku ini ya Allah.....Kau berikanlah dia segala apa yang terbaik di dunia ini dan diakhirat sana. Air mata Khalid bergenang lagi.
Sesungguhnya Khalid bersyukur ingatan Nur tentang perkara buruk dimasa lalu telah hilang. Tetapi hakikat kaki Nur yang lumpuh tidak mampu Khalid maafkan dirinya sendiri. Syukurlah Adib dan Sara tidak berterusan menyalahkan dirinya. Sekarang, anak berdua itu bersama-sama membantu dia menjaga Nur dengan baik. Mereka hanya ingin berikan kegembiraan kepada Nur. Cahaya hidup mereka yang mereka kasihi.
0 comments:
Post a Comment