Tuesday, November 8, 2011

Bila waktu telah berakhir [Babak 2]


Babak 2 (di dapur & meja makan)



Nur bergegas menuju ke dapur. Sebal hatinya. Air mata yang ditahan sejak malam tadi gugur jua membasahi pipi mulusnya itu. Tak bolehkah khalid berlembut kata dengannya. Khalid telah banyak berubah. Panggilan kau aku mana pernah Khalid gunakan dulu. Bukan Nur tak tahu kenapa jadi begitu. Tapi sengaja dia tidak mahu ambil peduli kerana dia sangat menyayangi Khalid dan anak-anak. Dia tak mahu keluarga ini hancur musnah. Justeru dia hanya menutup mata akan kesalahan-kesalahan Khalid terhadapnya. Tapi, perasaan tetap perasaan. Nur juga manusia biasa yang tak lepas daripada merasa kecewa dan sedih terhadap perilaku Khalid lewat kebelakangan ini.

Nur: Sara, tolong ummi bawakkan gelas ni ke depan ya. (Mengesat air mata. Tersenyum sambil mengelus lembut rambut Sara).

Sara: Baik ummi. Tapi boleh Sara bawak dua gelas dulu, lepas tu dua gelas lagi tak? Sara takut terpecah macam hari tu la kalau Sara bawak guna dulang ni. (Tangan Sara sudah memegang 2 gelas minuman sambil memandang wajah umminya)

Nur: Boleh sayang. Sara bawak hati-hati ok. (Sengaja Nur memberi kerja kepada Sara supaya anak itu terbiasa dengan kerja rumah nanti).

Wajah polos itu mengusik hati Nur. Ahh..anak kecil itu apa yang dia tahu. Suci hatinya. Masih putih tanpa sebarang hitam kaldu yang membalut jiwa..

Adib yang sedari tadi tersentak dengan kelakuan walidnya hanya berteleku senyap di meja makan. Sedih Adib melihat umminya. Adib tau ummi selalu menangis sembunyi-sembunyi. Kadang tu waktu solat malam, Adib terdengar esakan kecil ibu sambil memohon doa kepada Tuhan agar sejahtera rumahtangganya dengan walid. Adib kurang mengerti apa yang terjadi tetapi dia tetap tidak puas hati walidnya berperangai begitu.

Di sekolah, ustazah kata ibu merupakan makhluk Allah yang istimewa, harus dihormati dan disayangi. Tapi walidnya beria menjerkah ummi sebentar tadi. Mungkinkah walidnya dirasuki syaitan? Adib tenggelam dalam khayal persoalan yang bermain dimindanya.

Usai menghidang makanan di meja, Adib membaca doa dan diaminkan oleh Nur dan Sara.

Adib: Ummi, makan lebih sikit ya. Adib tengok ummi dah kurus sangat ni. Ummi jangan sedih-sedih. Bila Adib dah besar nanti, kalau ada sesiapa yang buli ummi kenalah orang tu dengan Adib.

Tersenyum Nur mendengarkan bicara Adib yang bersungguh itu. Nur bangga, meski anak itu bukan zuriatnya namun Adib sangat menyayangi Nur sepenuh hati. Bahkan melebihi ibu kandungnya sendiri.

Nur: Ummi kurus ke Adib? Ummi rasa dah gemok gedempol ni. Dah nak sama dengan Makcik jual ABC kat tepi jalan tu ha. (gurau Nur)

Adib: Tak la ummi. Ummi dah kurus tau. Adib suka tengok ummi gemuk sikit. Nampak comel. Happy je muka ummi nanti.

Sara: Ye...ye..betul tu abang. Sara setuju. Ummi kurus tak sedap Sara nak peluk nak golek-golek dengan ummi nanti. (Manja rengekan Sara)

Tergelak Nur mendengar celoteh dua beradik itu. Saat hatinya sedang rawan ini, Allah berikan dia 2 insan kecil sebagai penghibur hati. Sungguh dia bersyukur. Anak-anak itu amat dia sayangi

Nur: Hahaha..Yelah anak ummi sayang. Nanti ummi makan banyak-banyak biar ummi gemuk macam Kungfu Panda tu ok? Dah, cepat sikit makan tu dah nak habis waktu imsak ni.

++ Live.Life.Cool ++

0 comments:

 

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Love Purple and Maroon. Meluah kata kadang tidak semudah yang difikirkan. Pabila berbicara, banyak hati yang perlu dijaga sehingga ada kalanya kita terpaksa mengabaikan perasaan sendiri. Terkadang bila ingin meluah, lidah kelu untuk melontar butir kata. Gembira, marah, merajuk, suka, duka semuanya dipendam. Keterbatasan emosi membuat kita kerap menyimpan rasa dalam hati. Lantas ruang kecil ini aku jadikan satu medium untuk aku meluah rasa dan idea. Bahkan aku harap agar setiap emosi yang mewarnai diri ini akan menjadikan hidup aku lebih bermakna untuk aku kenangi sebagai kisah klasik yang indah.

Sofie's Mind Copyright ©. Designed by Whitey Mommy