Sunday, August 24, 2008

Peperiksaan SPA




Aku dapat surat untuk pergi peperiksaan SPA. Tarikh keramat untuk peperiksaan itu ialah 23hb Ogos 2008. Satu tarikh yang mungkin akan terpahat dalam ingatan aku dan akan aku ingat sampai bila-bila. Sebab ada kenangan yang sedih terpaksa aku lalui.

Jadi, pagi 23 hb tue aku bangun awal sangat. Dalam pukul 5.00am. (Kira awal laa bagi aku yang selalu bangun lambat neh..huhu) Aku solat, mandi, bersiap & sarapan sikit. Lepas tu aku gerak pergi ke pusat peperiksaan kat SMK Petaling. Ayah & mak aku yang hantar naik kereta sbb aku tak pandai memandu walaupun ada lesen memandu..hehe.. Nasib aku sipi2 kurang baik sebab tiba2 lampu traffic kat depan Balai Polis Jalan Petaling tue rosak. Lampu traffic 3 penjuru tue. Semuanya tak berfungsi. Dan dengan keadaan jalan raya yang teramat sesak aku hampir2 sampai lewat ke dewan peperiksaan. Aku sampai kurang 10 minit pukul 9am.

So far, aku dapat lalui hari peperiksaan tue dengan baik. Biasalah, ada soalan yang susah dijawab ada yang senang. Soalan pengetahuan am aku rasa banyak gaks yang kantoi. Sebab soalan semua luar dari pengetahuan aku. Soalan pemahaman quite okay. Esei bahasa melayu aku pilih pasal Inovasi. Tapi aku rasa majoriti mesti buat pasal rasuah. Aku takde idea nak goreng pasal rasuah tue. So, aku buat pasal inovasi sebab aku pernah ambil subjek tue. Terima kasih Allah! Esei English pulak aku pilih tourism. Tapi memang merapu laa. Last sekali soalan sahsiah diri - 200 soalan tue. Aku buat cukup2 masa aje. Tue pun sebenarnya ada yang tersilap tanda. Tak pasal2 terpaksa padam berderet-deret. Hampeh sungguh laa.

Kesimpulannya, peperiksaan kali pertama nie agak baik bagi aku. Aku dah buat sehabis baik dan keputusannya aku serahkan kepada DIA yang Maha Mengetahui. Semoga aku mendapat keputusan yang baik untuk diri aku.



++ Live.Life.Cool ++

0 comments:

 

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Love Purple and Maroon. Meluah kata kadang tidak semudah yang difikirkan. Pabila berbicara, banyak hati yang perlu dijaga sehingga ada kalanya kita terpaksa mengabaikan perasaan sendiri. Terkadang bila ingin meluah, lidah kelu untuk melontar butir kata. Gembira, marah, merajuk, suka, duka semuanya dipendam. Keterbatasan emosi membuat kita kerap menyimpan rasa dalam hati. Lantas ruang kecil ini aku jadikan satu medium untuk aku meluah rasa dan idea. Bahkan aku harap agar setiap emosi yang mewarnai diri ini akan menjadikan hidup aku lebih bermakna untuk aku kenangi sebagai kisah klasik yang indah.

Sofie's Mind Copyright ©. Designed by Whitey Mommy