Friday, August 29, 2008

How To Save A Life


++ Live.Life.Cool ++

Salam Kemerdekaan Ke-51 Malaysia!




Tinggal 2 hari lagi rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-51. Seriously, sambutan kemerdekaan tahun nie tak berapa nak meriah. Jalur gemilang pun tak nampak berkibar dengan gemilangnya di mana2. Setakat beberapa tempat tertentu aja. Tahun lepas katanya budget untuk sambutan kemerdekaan RM40 juta. Tahun nie dikurangkan kepada 20 juta. Wooooww!! 20 juta nampak macam takde apa2 aje.

Bila sebut tentang Merdeka..aku adalah insan yang sangat naif. Yang aku tahu Bapa Kemerdekaan Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kerana jasa beliaulah baru tanah air tercinta aku nie dapat merdeka. Merdeka dari jajahan orang Inggeris. Yang lain2 time sekolah aku malas nak ingat. Dah besar nie baru nak amik tahu. Takpelah sekurang2nya aku masih nak amik tahukna? Better late than never. Ingat lagi waktu sekolah dulu merdeka disambut meriah. Kena hias kelas ikut tema kemerdekaan. Kena lukis bendera & ada kuiz pasal kemerdekaan. Dah besar pulak, memang tak terasa sambutannya. Kalau malam merdeka tengok konsert kat tv & bunga api pun malas nak tengok sebab stiap tahun dah dapat tengok. Almaklumlah, rumah menghadap KLCC. hehe..

Secara peribadi, aku memang tak dapat nak jawab soalan "Apakah maksud kemerdekaan bagi diri anda?". Selalu sangat aku tengok artis2 ditanya soalan macam nie. Selalunya aku tak fikir pun. Tahun nie baru aku terfikir. Sebenarnya apa maksud merdeka bagi aku. Yelah, selain negara kita bebas dari jajahan. Bagi diri sendiri pulak apa maksud merdeka itu? Aku tak dapat jawapannye lagik. Yang aku tau aku dah merdeka sebab aku dah grad. Aku tak merdeka sebab aku tak dapat keje lagik. boleh tak kalo camtue? huhu

Btw, korang tau ke ape tema kemerdekaan tahun nie? Haa...tema dia ialah Perpaduan teras Kejayaan. Jangan lupe tue. So, salam kemerdekaan ke-51 aku ucapkan buat Malaysia dan rakyat2nya. Semoga sentiasa berada dalam keadaan yang aman sentosa dan dirahmati Allah swt. AMin....



++ Live.Life.Cool ++

Tuesday, August 26, 2008

Ramadhan 1429H


++ Live.Life.Cool ++

I Love You


++ Live.Life.Cool ++

Teman Perlu Mesra


++ Live.Life.Cool ++

Monday, August 25, 2008

Are You Confused?


++ Live.Life.Cool ++

Riang gembira


++ Live.Life.Cool ++

Merangkak dulu sebelum berjalan


++ Live.Life.Cool ++

Johnny Depp


++ Live.Life.Cool ++

UNITEN Graduation Day 2008


24th August 2008.

So, this is the day. Separuh hari yang punya kenangan manis bagi aku dan separuh lagi meninggalkan kenangan yang sedih yang mungkin akan aku ingat sampai bila2.

Kisahnya, sepatutnya aku konvo 23hb tapi memandangkan pada waktu yang sama aku dapat surat untuk peperiksaan SPA terpaksalah aku pilih antara dua. Ikutkan hati aku nak sangat pergi konvo 23hb tue tapi ayah & mak aku pulak nak sangat aku pergi exam SPA tue. Makanya, tersepitlah aku antara dua. Ayah aku buat rayuan supaya aku dapat konvo 24hb and nasib aku agak baik sebab ada 9 orang saja yang buat rayuan (walaupun yang dapat exam tue bukan main ramai lagi). So, 9 orang nie dari lain2 course. Jadi special case laa. Course aku ada 2 orang yakni aku dengan Hafiz. Kalau tak memang aku lagi sedih laa sebab sorang2 aje tercampak konvo 24hb tue.

Alhamdulillah, bersyukur sangat aku pada Allah swt sebab kerana DIA juga aku berjaya mengharungi dunia pengajian di universiti sehingga berjaya. Apa yang paling menggembirakan aku ialah salah satu daripada hajat mak & ayah aku dah termakbul. Bila keluar daripada pintu dewan aku carik family aku. Dari jauh aku dapat lihat yang ayah aku tengah senyum gembira sambil pegang teddy bear kecik kat tangan dia. Masa para graduan tengah berpusu2 keluar mendapatkan keluarga masing2 aku dah terasa sebak dah. Bergenang air mata & degupan jantung semakin laju. Jadi, bila jumpa mak & ayah aku terus aku menangis. Aku terharu & rasa hiba sangat. Aku ucapkan terima kasih tak terhingga kepada mak & ayah aku kerana tanpa mereka aku tak akan dapat peluang melanjutkan pelajaran nie. Terima kasih sangat sebab memberikan sokongan yang tak berbelah bagi kepada aku. Jasa mereka memang tak terbalas. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.

Disebalik kegembiraan pada hari tue terselit juga kesedihan dilubuk hati aku. Mana taknya. Selama 4 tahun aku belajar bersama sahabat2 aku akhirnya aku terpaksa berkonvo tanpa diorang. Sedih sangat. Tengok budak2 lain bergambar sakan dengan kawan2 untuk buat kenangan. Aku? Nabielah yang datang pun aku tak sempat jumpa sebab hujan pulak. Nabielah datang sebab nak tengok pakwe dia Hafiz. Alang2 tue dia nak jumpa aku sekali. Tapi takde rezeki kitorang nak jumpa. hmm... Lepas habis aje konvo terus aku pergi hantar baju & selesaikan beberapa urusan. Perut yang lapar tak diisisi semenjak pagi tadi dah membuat kepala kitorang satu family pening. Last2 kitorang decide makan dekat Nando's KLCC.

Yang kelakarnya, sampai2 aje kat Nando's tue Fadiah telefon tanya dekat mana. Aku cakap aku dah ade kat KLCC. Terdiam dia. Dia cakap cepatnya sampai. Rupa2nya Fadiah & Haizun baru sampai Bangi nak meraikan aku. Memang kesian giller. Tue laa..nak buat surprise lagi. kan diri sendiri yang dah surprise. Tapi diorang pun ada sebab lain datang sana - sebab nak hantar baju konvo. So, tak adalah aku rasa bersalah sangat. Hmm..yang sedihnya aku tak ada gambar kenangan konvo laa dengan coursemate aku semua.

++ Live.Life.Cool ++

Sunday, August 24, 2008

Peperiksaan SPA




Aku dapat surat untuk pergi peperiksaan SPA. Tarikh keramat untuk peperiksaan itu ialah 23hb Ogos 2008. Satu tarikh yang mungkin akan terpahat dalam ingatan aku dan akan aku ingat sampai bila-bila. Sebab ada kenangan yang sedih terpaksa aku lalui.

Jadi, pagi 23 hb tue aku bangun awal sangat. Dalam pukul 5.00am. (Kira awal laa bagi aku yang selalu bangun lambat neh..huhu) Aku solat, mandi, bersiap & sarapan sikit. Lepas tu aku gerak pergi ke pusat peperiksaan kat SMK Petaling. Ayah & mak aku yang hantar naik kereta sbb aku tak pandai memandu walaupun ada lesen memandu..hehe.. Nasib aku sipi2 kurang baik sebab tiba2 lampu traffic kat depan Balai Polis Jalan Petaling tue rosak. Lampu traffic 3 penjuru tue. Semuanya tak berfungsi. Dan dengan keadaan jalan raya yang teramat sesak aku hampir2 sampai lewat ke dewan peperiksaan. Aku sampai kurang 10 minit pukul 9am.

So far, aku dapat lalui hari peperiksaan tue dengan baik. Biasalah, ada soalan yang susah dijawab ada yang senang. Soalan pengetahuan am aku rasa banyak gaks yang kantoi. Sebab soalan semua luar dari pengetahuan aku. Soalan pemahaman quite okay. Esei bahasa melayu aku pilih pasal Inovasi. Tapi aku rasa majoriti mesti buat pasal rasuah. Aku takde idea nak goreng pasal rasuah tue. So, aku buat pasal inovasi sebab aku pernah ambil subjek tue. Terima kasih Allah! Esei English pulak aku pilih tourism. Tapi memang merapu laa. Last sekali soalan sahsiah diri - 200 soalan tue. Aku buat cukup2 masa aje. Tue pun sebenarnya ada yang tersilap tanda. Tak pasal2 terpaksa padam berderet-deret. Hampeh sungguh laa.

Kesimpulannya, peperiksaan kali pertama nie agak baik bagi aku. Aku dah buat sehabis baik dan keputusannya aku serahkan kepada DIA yang Maha Mengetahui. Semoga aku mendapat keputusan yang baik untuk diri aku.



++ Live.Life.Cool ++

Wednesday, August 6, 2008

Happy Anniversary



++ Live.Life.Cool ++

My bestfren - Siti Rahaizun

Original


Edited


++ Live.Life.Cool ++

Buat hati yang dipenuhi cinta


sengaja kulewati taman itu

berjalan tanpa arah dan hala tuju

menatap bunga-bunga yang sedang berkembang mekar
menikmati panorama hijau yang terbentang dilaman santai
menghirup udara nyaman yang menyegarkan

sejenak pandangan mata yang meliar
termati pada wajah-wajah yang ku kenal

di atas rumput nan menghijau itu
kumelihat pasangan uda dan dara sedang bersantai
beralaskan lengan mereka berbaring
melepas lelah sambil merenung dada langit

si uda yang gagah dan tampan
si dara yang manis lagi rupawan

aku senang melihat mereka
senyum yang tersungging dibibir
canda yang mengundang gelak tawa
sinar bahagia yang jelas terpancar diraut wajah

buat si merpati sejoli itu
kulayangkan senyuman manis buat mereka
serta lambaian mesra tanda menyapa

aku gembira melihat kalian
semoga berbahagia hendaknya

ku ayunkan kaki melangkah pergi
bersama senyuman yang masih bersisa
aahhh...benar-benar hari yang indah untuk dinikmati


~cinta.ungu~ (8.41pm / 05.08.08)

++ Live.Life.Cool ++

Saturday, August 2, 2008

Kerusi Kosong

Original


Edited


++ Live.Life.Cool ++

Friday, August 1, 2008

Hilang


langit mendung mengundang pilu

awan hitam jadik seteru
hati sayu mengenangkanmu
jejakmu hilang tidak kutemu


cinta.ungu
3.47am - 31/07/08

++ Live.Life.Cool ++

 

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Love Purple and Maroon. Meluah kata kadang tidak semudah yang difikirkan. Pabila berbicara, banyak hati yang perlu dijaga sehingga ada kalanya kita terpaksa mengabaikan perasaan sendiri. Terkadang bila ingin meluah, lidah kelu untuk melontar butir kata. Gembira, marah, merajuk, suka, duka semuanya dipendam. Keterbatasan emosi membuat kita kerap menyimpan rasa dalam hati. Lantas ruang kecil ini aku jadikan satu medium untuk aku meluah rasa dan idea. Bahkan aku harap agar setiap emosi yang mewarnai diri ini akan menjadikan hidup aku lebih bermakna untuk aku kenangi sebagai kisah klasik yang indah.

Sofie's Mind Copyright ©. Designed by Whitey Mommy