Bila sebut tentang Merdeka..aku adalah insan yang sangat naif. Yang aku tahu Bapa Kemerdekaan Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kerana jasa beliaulah baru tanah air tercinta aku nie dapat merdeka. Merdeka dari jajahan orang Inggeris. Yang lain2 time sekolah aku malas nak ingat. Dah besar nie baru nak amik tahu. Takpelah sekurang2nya aku masih nak amik tahukna? Better late than never. Ingat lagi waktu sekolah dulu merdeka disambut meriah. Kena hias kelas ikut tema kemerdekaan. Kena lukis bendera & ada kuiz pasal kemerdekaan. Dah besar pulak, memang tak terasa sambutannya. Kalau malam merdeka tengok konsert kat tv & bunga api pun malas nak tengok sebab stiap tahun dah dapat tengok. Almaklumlah, rumah menghadap KLCC. hehe..
Secara peribadi, aku memang tak dapat nak jawab soalan "Apakah maksud kemerdekaan bagi diri anda?". Selalu sangat aku tengok artis2 ditanya soalan macam nie. Selalunya aku tak fikir pun. Tahun nie baru aku terfikir. Sebenarnya apa maksud merdeka bagi aku. Yelah, selain negara kita bebas dari jajahan. Bagi diri sendiri pulak apa maksud merdeka itu? Aku tak dapat jawapannye lagik. Yang aku tau aku dah merdeka sebab aku dah grad. Aku tak merdeka sebab aku tak dapat keje lagik. boleh tak kalo camtue? huhu
Btw, korang tau ke ape tema kemerdekaan tahun nie? Haa...tema dia ialah Perpaduan teras Kejayaan. Jangan lupe tue. So, salam kemerdekaan ke-51 aku ucapkan buat Malaysia dan rakyat2nya. Semoga sentiasa berada dalam keadaan yang aman sentosa dan dirahmati Allah swt. AMin....
0 comments:
Post a Comment