24th August 2008.
So, this is the day. Separuh hari yang punya kenangan manis bagi aku dan separuh lagi meninggalkan kenangan yang sedih yang mungkin akan aku ingat sampai bila2.
Kisahnya, sepatutnya aku konvo 23hb tapi memandangkan pada waktu yang sama aku dapat surat untuk peperiksaan SPA terpaksalah aku pilih antara dua. Ikutkan hati aku nak sangat pergi konvo 23hb tue tapi ayah & mak aku pulak nak sangat aku pergi exam SPA tue. Makanya, tersepitlah aku antara dua. Ayah aku buat rayuan supaya aku dapat konvo 24hb and nasib aku agak baik sebab ada 9 orang saja yang buat rayuan (walaupun yang dapat exam tue bukan main ramai lagi). So, 9 orang nie dari lain2 course. Jadi special case laa. Course aku ada 2 orang yakni aku dengan Hafiz. Kalau tak memang aku lagi sedih laa sebab sorang2 aje tercampak konvo 24hb tue.
Alhamdulillah, bersyukur sangat aku pada Allah swt sebab kerana DIA juga aku berjaya mengharungi dunia pengajian di universiti sehingga berjaya. Apa yang paling menggembirakan aku ialah salah satu daripada hajat mak & ayah aku dah termakbul. Bila keluar daripada pintu dewan aku carik family aku. Dari jauh aku dapat lihat yang ayah aku tengah senyum gembira sambil pegang teddy bear kecik kat tangan dia. Masa para graduan tengah berpusu2 keluar mendapatkan keluarga masing2 aku dah terasa sebak dah. Bergenang air mata & degupan jantung semakin laju. Jadi, bila jumpa mak & ayah aku terus aku menangis. Aku terharu & rasa hiba sangat. Aku ucapkan terima kasih tak terhingga kepada mak & ayah aku kerana tanpa mereka aku tak akan dapat peluang melanjutkan pelajaran nie. Terima kasih sangat sebab memberikan sokongan yang tak berbelah bagi kepada aku. Jasa mereka memang tak terbalas. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.
Disebalik kegembiraan pada hari tue terselit juga kesedihan dilubuk hati aku. Mana taknya. Selama 4 tahun aku belajar bersama sahabat2 aku akhirnya aku terpaksa berkonvo tanpa diorang. Sedih sangat. Tengok budak2 lain bergambar sakan dengan kawan2 untuk buat kenangan. Aku? Nabielah yang datang pun aku tak sempat jumpa sebab hujan pulak. Nabielah datang sebab nak tengok pakwe dia Hafiz. Alang2 tue dia nak jumpa aku sekali. Tapi takde rezeki kitorang nak jumpa. hmm... Lepas habis aje konvo terus aku pergi hantar baju & selesaikan beberapa urusan. Perut yang lapar tak diisisi semenjak pagi tadi dah membuat kepala kitorang satu family pening. Last2 kitorang decide makan dekat Nando's KLCC.
0 comments:
Post a Comment