Sunday, January 11, 2009

Monday, November 17, 2008

lifeless


Diam tak diam dah masuk 6 bulan aku menganggur. kalau mengikut perkiraan selepas tamat majlis graduasi, aku baru menganggur selama 3 bulan lebih. yang jadi tempoh 6 bulan tu sebab aku dapat tamatkan industrial training aku lebih cepat berbanding rakan-rakan yang lain. Tempoh industrial training aku 7 minggu saja. makanya, waktu yang berlebih itu aku hanya terperuk di dalam rumah. tidur sehingga letih, melayari internet, menonton Grey's Anatomy sehingga season 3, membaca novel dan perkara-perkara rutin yang lain.

Bila aku imbas kembali memang aku banyak membuang masa. Tak ada perkara yang bermanfaat aku lakukan. itu lah aku selama 6 bulan yang lalu.

Sebenarnya akhir-akhir ni aku selalu saja berfikir tentang masa depan aku. Aku sendiri tak tahu apa sebab aku masih tak mendapat kerja walhal dah berpuluh-puluh resume aku hantar. Nak kata pointer aku teruk sangat, aku rasa masih okay. Cgpa 3.24 - tak terlalu bodoh bukan? Jadi, kenapa aku masih tak dapat kerja? Aku kira ini dugaan buat aku. Allah swt berikan dugaan ini supaya aku dapat belajar bersabar, tidak mudah berputus asa dan yakin pada qada' & qadar yang telah DIA tentukan buat aku. (walaupun pernah juga aku luahkan kepada ibu & rakan betapa suwei nya CV aku sehingga tidak ada satu syarikat pun yang sudi mengambil aku bekerja)

Sekarang ni aku bekerja kontrak "data entry" untuk projek KWSP. Gaji sebulan rm 1,300 - 1,500 bergantung kepada kepantasan dan skill menaip. Aku tak tahu sampai bila aku akan teruskan kerja ni sebab kadang kala aku rasa bosan. Kadang tu aku rasa biasa. Terkadang tak rasa apa-apa - atau dalam erti kata lain aku tak tahu nak rasa apa. Aku bekerja untuk dapatkan duit - rezeki yang halal. Kalau boleh aku nak dapat duit banyak-banyak, kemudian aku nak bantu mak & ayah aku selesaikan segala bil yang tertunggak. Dalam keadaan ekonomi yang gawat ini, serba sedikit tempiasnya terkena juga kepada keluarga aku. Ditambah lagi dengan keadaan dimana ada insan-insan yang masih mempunyai perasaan untuk menipu ibu bapa aku sehingga menyebabkan mereka dihimpit masalah kewangan yang bukan sedikit teruknya!

Tapi aku yakin semua ada hikmahnya. Dunia ini terus berputar dan bila datang saat getir, pasti akan datang kembali saat senang dan bahagia. Aku berdoa saja agar Allah swt itu menjadikan kami insan yang lebih kuat untuk menghadapi ujian & dugaan yang diberikan. Jadikan kami sekeluarga insan yang lebih bersyukur terhadap rezeki-rezeki yang diberikan dan jangan jadikan kami insan yang mudah berpatah hati dengan rahmatmu dan dugaanmu. Sesungguhnya bagi aku apalah gunanya manusia dijadikan didunia ini jika mereka tidak ditimpa ujian untuk menguji keimanan & ketakwaan terhadap Allah swt yang Maha Besar lagi Berkuasa itu. Semoga Allah swt mendengar doa kami ini. Amin.



++ Live.Life.Cool ++

Sunday, October 26, 2008

Imaen & Hlovate


yeay..baru beli novel semalam. tiba-tiba je tergerak hati nak beli novel karya Imaen. So, aku sambar 2 novel dia bertajuk Labyrinth dan Rhapsody Bohemian. Actually aku dah pernah baca satu karya dia yang bertajuk Vendetta. Agak memuaskan laa jugak. Alang-alang dah baca satu baik aku terus beli sume karya dia kan... Aku beli novel nie kat Minerva yang kecik tue. Best sangat ade discount 20%. Lenkali beli novel kat situ je laa kan. Jimat sket duit.


Jadinya sekarang nie aku ade 3 buah novel tak baca lagi. Sayang pulak nak baca novel Tunas by Hlovate tue padahal dah lame dah beli...yelaa..entah bila agaknya dia nak keluarkan buku baru lagi...nanti aku merindu...hehe..ntah ape-ape je laa aku nie. Tengok laa bila-bila masa aku kena sampuk ngan hantu novel baru aku baca agaknya..huhu!



++ Live.Life.Cool ++

Thursday, October 16, 2008

Siti Nurhaliza


++ Live.Life.Cool ++

Venus FC Movie (2006)





Actually nie cite German remake dari Finnish movie FC Venus (2005). Mengisahkan pasangan suami isteri yang tinggal di Berlin. Si suami - Paul merupakan pemain bola sepak terhandal kat kampung dia. Mempunyai soccer team sendiri bernama 'Eintracht Imma 95'. Anna si isteri pulak bekerja sbg engineer kalo tak silap. Satu hari tue diorang wat keputusan untuk berhenti kerja dan si suami ajak dia balik kampung.

Anna tak tau yang Paul sebenarnye ada rancangan sendiri. Actually, Team bola sepak Paul mintak bantuan dari Paul untuk tolong pasukan diorang memandangkan diorang tak cukup pemain sbb salah seorang pemain masuk hospital - koma.

Lepas tue diorang pun berpindah laa ke Imma.






Sampai je sane rahsia Paul dah pecah dan Anna tersangatlaa geram memandangkan dia benci sukan bola sepak. Dia pun bertaruh dgn Paul: Eintracht Imma 95 kena lawan dgn pasukan baru yg terdiri daripada isteri & girlfriends masing-masing.

Syaratnya kalau team lelaki menang, Anna & Paul akan terus tinggal kat kampung tue dan para isteri tak boleh merungut langsung pasal kegemaran husband/bf mereka ttg bola sepak. Kalau team wanita menang, Anna & Paul kena pindah balik ke Berlin dan para isteri dapat apa yg diorang mahukan selain itu pihak lelaki tak boleh main bola sepak lagi.

Masalahnye team lelaki tersangatlaaa obses ngan bola sepak nie sampai pihak isteri sangat bengang...
So, adakah team wanita boleh kalahkan team lelaki...?





Yang bestnye tengok pasukan isteri/gf berlatih...kelakar je. Rupanya Anna nie ade kisah silam yang membuatkan dia tak suka bola sepak. Ayah dia merupakan jurulatih bola sepak yg terkenal. So, kecik2 dia ngan mak dia kena tinggal dek ayah dia sbb ayah dia obses ngan bola sepak. Anna pulak pernah jadik pemain bola sepak - remaja kebangsaan semata2 nak banggakan ayah dia. Lepas kena tinggal terus dia quit bola sepak. Dia sangat terrer men bola sepak dan husband dia tatau pun pasal tue...hahaha...










Camane pun, Anna tetap kena mintak tolong ayah dia untuk bantu melatih pasukan wanita.
And diorang menang 3-2. hehe...





anyway, aku ske tengok pelakon utama wanita dia...cun seyh...
pelakon utama lelaki pun tak bapa ensem laa...hehe

Nora Tschirner




Christian Ulman


++ Live.Life.Cool ++

Tuesday, October 14, 2008

Saranghaeyo Dizzy BoA!

semalam kebosanan melanda dan memandangkan aku pun dah lama tak godek Photoshop, maka semalam aku telah buat 3 artwork. Nampak simple tapi bagi beginner macam aku nie ambil masa yang lama jugak laa...

artwork pertama....kalau korang pening tengok artwork nie...
aku pun pening jugak...hahaha....
artwork mendera mata dan minda namanye....



artwork kedua - aku gunakan gambar BoA...

Okey, nie gambar asal...




aku edit dekat photoshop..ingatkan nak buat ala-ala cover album laa...hihi



lepas tue aku edit gune Nik Software..
Name effect nie Cross Balance



Yang nie Effect Duplex



Nie Effect Ink




Last skali pic nie aku amik drpd drama Alone In Love..
Aku namakan artwork nie Saranghaeyo! (I Love You)


++ Live.Life.Cool ++

Monday, October 13, 2008

New Blogskin

Yup! I found this blogskin and I simply love it...~
Have to touch-up a lil'bit here and there...
but I think this is just nice for my blog...

Erm...maybe a little problem with the font
becoz my lil bro says the font are too small
yet he can't read any single word...hehe...

I also try to find more interesting widget to put in this blog...
but the complicated part is to put the coding itself into the CSS sheet...
"boleh buta mata tengok coding banyak2...adeihhh laaa..."
++ Live.Life.Cool ++

 

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Love Purple and Maroon. Meluah kata kadang tidak semudah yang difikirkan. Pabila berbicara, banyak hati yang perlu dijaga sehingga ada kalanya kita terpaksa mengabaikan perasaan sendiri. Terkadang bila ingin meluah, lidah kelu untuk melontar butir kata. Gembira, marah, merajuk, suka, duka semuanya dipendam. Keterbatasan emosi membuat kita kerap menyimpan rasa dalam hati. Lantas ruang kecil ini aku jadikan satu medium untuk aku meluah rasa dan idea. Bahkan aku harap agar setiap emosi yang mewarnai diri ini akan menjadikan hidup aku lebih bermakna untuk aku kenangi sebagai kisah klasik yang indah.

Sofie's Mind Copyright ©. Designed by Whitey Mommy