Monday, November 17, 2008

lifeless


Diam tak diam dah masuk 6 bulan aku menganggur. kalau mengikut perkiraan selepas tamat majlis graduasi, aku baru menganggur selama 3 bulan lebih. yang jadi tempoh 6 bulan tu sebab aku dapat tamatkan industrial training aku lebih cepat berbanding rakan-rakan yang lain. Tempoh industrial training aku 7 minggu saja. makanya, waktu yang berlebih itu aku hanya terperuk di dalam rumah. tidur sehingga letih, melayari internet, menonton Grey's Anatomy sehingga season 3, membaca novel dan perkara-perkara rutin yang lain.

Bila aku imbas kembali memang aku banyak membuang masa. Tak ada perkara yang bermanfaat aku lakukan. itu lah aku selama 6 bulan yang lalu.

Sebenarnya akhir-akhir ni aku selalu saja berfikir tentang masa depan aku. Aku sendiri tak tahu apa sebab aku masih tak mendapat kerja walhal dah berpuluh-puluh resume aku hantar. Nak kata pointer aku teruk sangat, aku rasa masih okay. Cgpa 3.24 - tak terlalu bodoh bukan? Jadi, kenapa aku masih tak dapat kerja? Aku kira ini dugaan buat aku. Allah swt berikan dugaan ini supaya aku dapat belajar bersabar, tidak mudah berputus asa dan yakin pada qada' & qadar yang telah DIA tentukan buat aku. (walaupun pernah juga aku luahkan kepada ibu & rakan betapa suwei nya CV aku sehingga tidak ada satu syarikat pun yang sudi mengambil aku bekerja)

Sekarang ni aku bekerja kontrak "data entry" untuk projek KWSP. Gaji sebulan rm 1,300 - 1,500 bergantung kepada kepantasan dan skill menaip. Aku tak tahu sampai bila aku akan teruskan kerja ni sebab kadang kala aku rasa bosan. Kadang tu aku rasa biasa. Terkadang tak rasa apa-apa - atau dalam erti kata lain aku tak tahu nak rasa apa. Aku bekerja untuk dapatkan duit - rezeki yang halal. Kalau boleh aku nak dapat duit banyak-banyak, kemudian aku nak bantu mak & ayah aku selesaikan segala bil yang tertunggak. Dalam keadaan ekonomi yang gawat ini, serba sedikit tempiasnya terkena juga kepada keluarga aku. Ditambah lagi dengan keadaan dimana ada insan-insan yang masih mempunyai perasaan untuk menipu ibu bapa aku sehingga menyebabkan mereka dihimpit masalah kewangan yang bukan sedikit teruknya!

Tapi aku yakin semua ada hikmahnya. Dunia ini terus berputar dan bila datang saat getir, pasti akan datang kembali saat senang dan bahagia. Aku berdoa saja agar Allah swt itu menjadikan kami insan yang lebih kuat untuk menghadapi ujian & dugaan yang diberikan. Jadikan kami sekeluarga insan yang lebih bersyukur terhadap rezeki-rezeki yang diberikan dan jangan jadikan kami insan yang mudah berpatah hati dengan rahmatmu dan dugaanmu. Sesungguhnya bagi aku apalah gunanya manusia dijadikan didunia ini jika mereka tidak ditimpa ujian untuk menguji keimanan & ketakwaan terhadap Allah swt yang Maha Besar lagi Berkuasa itu. Semoga Allah swt mendengar doa kami ini. Amin.



++ Live.Life.Cool ++

0 comments:

 

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Love Purple and Maroon. Meluah kata kadang tidak semudah yang difikirkan. Pabila berbicara, banyak hati yang perlu dijaga sehingga ada kalanya kita terpaksa mengabaikan perasaan sendiri. Terkadang bila ingin meluah, lidah kelu untuk melontar butir kata. Gembira, marah, merajuk, suka, duka semuanya dipendam. Keterbatasan emosi membuat kita kerap menyimpan rasa dalam hati. Lantas ruang kecil ini aku jadikan satu medium untuk aku meluah rasa dan idea. Bahkan aku harap agar setiap emosi yang mewarnai diri ini akan menjadikan hidup aku lebih bermakna untuk aku kenangi sebagai kisah klasik yang indah.

Sofie's Mind Copyright ©. Designed by Whitey Mommy