Hari ni genap setahun persahabatan aku dengan kak sri.
Ahhaaa.. siapa kak sri nie?
Kak sri siantan kah?
Lebih kurang gitu la.
Haha..
Sempena hari yang berbahagia ni biarlah aku cerita sikit pasal persahabatan kitorang.
Kak sri ni aku kenal di forum CARI. Seorang yang suka berlakon, mungkin sebab terlampau bosan. Jadi, beliau menghiburkan hati dengan cara yang tersendiri. cewahh.. beliau juga seorang yang perahsia dan jenis yang speak her mind. [mungkin karakter beliau agak berbeza sedikit di alam realiti]
Actually, aku rasa agak special jugak cara kami dipertemukan. Senang cerita, dialah Kak Sri Siantan manakala aku ialah Si Adik Runsing. Masalah aku setahun yang lalu adalah berkisar kepada masalah kerja, study, hati dan perasaan. Maka, pada kak sri lah aku mengadu. Tak terkira betapa Astronya permasalahan yang aku utarakan, aku ungkapkan, aku ceritakan, semuanya kak sri dengar dengan tabah walaupun mungkin dia disebelah sana merasakan sedikit tension / bosan. hahaha
Walaupun hanya berkenalan melalui alam maya, tapi aku rasa kalau kita ikhlas tak ada masalah yang akan timbul. Bukanlah aku nak cakap yang kami tak pernah bergaduh. Ada laa sekali. Memang aku terasa sangat. Masa tu aku serius macam budak-budak. Perangai macam adik yang tengah bengang tahap gaban dengan kakak dia sebab pegi curi donut kesukaan yang tinggal satu je. Lepas tu mengarang surat berjela suruh si kakak ganti balik donut tu, kalau tak taknak kawan lagi. Tapi semuanya kembali terjalin gitu bak lagu Zamani Slam. Adatlah tu dalam mana-mana relationship akan ada yang bermasam muka, berkecil hati atau tak puas hati. Sedangkan dengan mak ayah sendiri pun kita kadang ada rasa tak sedap hati kan. Apatah lagi dengan sahabat.
5 bulan pertama bersahabat dengan kak sri sangat bermakna buat aku sebab 5 bulan tersebut adalah detik kejatuhan aku. 5 bulan tersebut aku jatuh terduduk. Demam macam orang gila. Hati, jiwa & perasaan tak tentu arah. Semuanya pasal hal kerja, study & perasaan. Aku jadi murung. Depressed. Jadi macam orang yang lain, bukan diri aku sendiri. Aku jadi lemah tak berdaya. Lembik nak mampus. Asyik terbaring sakit-sakit. Aku tak sanggup nak menyusahkan hati mak ayah aku dengan rintihan tak guna aku tu. Aku jadi kesian kat mak ayah kalau diorang pulak yang kena tanggung apa yang aku rasa. Perghh..memang kalau diingat balik haru sungguh masa tu.
Tapi Allah tu Maha Kaya kan. Allah temukan aku dengan kak sri. Kak sri selalu bagi aku nasihat dan buat lawak walaupun aku aje yang gelak sebab dia rasa tak lawak pun. Takpe, aku tetap suka. Aku bersyukur Allah sudi pinjamkan kak sri pada aku, beri kekuatan pada aku saat-saat aku perlu lakukan keputusan yang sangat penting dalam hidup. Sedikit sebanyak hari-hari aku ceria dan tak sunyi.
Bulan ke-6 dan beberapa bulan kemudian aku dan kak sri menjauh sekejap sebab ada masalah. Tapi alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan dengan baik.
Pada aku, kak sri ni adalah kakak yang terbaik pernah aku dapat. Walaupun baru aje bersahabat, tapi ukhwah yang terbina aku tetap hargainya setulus hati. Keletah dia mewarnai dunia aku. Aku tau, kadang dia tak rasa apa pun tapi aku tetap rasa happy!
Kerana bersahabat dengan kak sri aku jadi seorang yang lebih berfikiran terbuka, berdikari & memahami. Aku belajar jadi lebih bersabar kerana kami ni totally different. Yang paling penting, aku belajar supaya tak terlampau memikirkan tentang orang lain sehingga menyusahkan jiwa aku which is perkara tu yang paling selalu aku buat sebab aku ni terlampau empati.
Aku suka kawan dengan kak sri walaupun aku tak kenal dia personally. Aku suka sebab aku rasa aku ada tempat untuk mengadu atau share apa-apa yang terlintas kat hati aku. Kadang aku cerita tentang family aku, adik beradik aku, tempat kerja aku, kelemahan aku, gossip-gossip ke apa. Walaupun dia sekadar mendengar. Aku tak kisah. Itu pun dah cukup.
Sememangnya rahmat dan nikmat yang Allah beri dalam kehidupan kita ni tak terjangkau dek akal fikiran kan. Perkara-perkara simple macam ni mungkin bagi orang lain tak ada makna tapi bagi aku besar sungguh. Kerana apa yang dah jadi setahun yang lalu, kerana kata-kata yang diberikan setahun yang lalu, telah menjadikan aku manusia yang sekarang ini. Yang aku rasakan lebih bertenang [walaupun sikit je], lebih positif dan berfikiran terbuka.
Aku tahu semua ni hanya pinjaman. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik. Tapi aku harap biarlah ukhwah ni sampai ke akhir hayat. Kalaupun terputus biarlah kerana Allah. Dan yang baik-baik, yang gembira dan kelakar itu akan aku simpan kemas-kemas dalam kotak ingatan.
Jadinya, selamat ulangtahun persahabatan kita yang pertama kak sri. Walaupun agak poyo dan sengal saya tetap nak kata yang kak sri ialah kakak yang best didunia walaupun senget dan kadang tu suka buli saya. Thanks a lot for being there. Saya tak harap apa dari kak sri sebab apa yang kak sri bagi tu pun dah cukup, cuma saya harap yang kehidupan kita akan sentiasa dirahmati Allah swt dunia dan akhirat. Amin.
Walaupun saya jarang cakap ni tapi, saya memang sayang kak sri okeh. Suka dapat akak macam kak sri nie walaupun kat alam maya je pun. ♥
--------------------------
Aku teringat, aku pernah buat entri pasal kakak:
Tak sangka Allah beri aku dalam situasi yang begini. Bukan tu saja. Aku dapat jadi mod kat ATW + lepak di LE, bayangkanlah betapa aku dikelilingi dengan orang-orang perempuan. Yang aku rasakan macam adik beradik. Aku doa nak 1 aje tapi Allah bagi ramai. Syukran ya Allah.
++ Live.Life.Cool ++