Yeayy..tengok tue. Ini adalah avatar aku kat Cari Forum. Aku suka kereta mini purple tu. Aku suka rumah kecil kaler purple dan pagar yang ada gantung gambar hati tu. Suka nama aku Cinta Ungu dan suka nombor 2,4 dan 8 tu. Sukanyaaaaa…!!
Wednesday, March 17, 2010
Only Hope...
Aku sangat jarang suka lelaki. I mean suka in term of jatuh hati or cinta. Maybe sebab aku seorang yg perfectionist so aku takut kehidupan percintaan lovey dovey yang aku selalu bayangkan tak akan terjadi. Lagipun aku dari kecil asyik dikelilingi oleh kaum Adam yang berperangai panas baran, suka gaduh, cepat kecil hati & perangai-perangai negatif yang lain, mematikan terus perasaan aku untuk mempunyai hubungan or komitmen dengan mana-mana lelaki.
(setelah difikir-fikir, perenggan ini terpaksa didelete atas sebab-sebab yang terlampau munasabah...huhu)
What to do? Biar saje la. Aku tak pernah mencari dan aku tak nak mencari. Aku teringat ada orang tanya sama ada cinta itu perlu dicari atau biarkan ia datang sendiri? Dan jawapan aku adalah:
Kalau rasa rajin dan memerlukan, pergi la mencari. Agak-agak rasa penat dah mencari tak berjumpa, rehat sekejap. Ambil udara fresh. Lepas tu sambung balik pencarian bila dah bersedia. Method untuk mencari banyak sangat dah sekarang ni. Tinggal nak atau tak nak saje. Bagi aku, yang tak mencari tu bukan malas walaupun mulut berkata malas. Sedar tak sedar sebenarnya diri sendiri belum bersedia untuk buka pintu hati kepada strangers out there. Dalam erti kata lain, belum bersedia berkongsi kehidupan dengan orang lain.
Itu kata-kata aku dulu (16/10/2009 – 12:44am). Sekarang pun aku macam tu. Cuma aku perasan perlahan-lahan Allah bukakan pintu hati aku untuk lihat bahawa ada lagi lelaki yang baik dalam dunia ni. Semoga Allah berikan yang terbaik untuk aku. InsyaAllah..Amin.
Sunday, March 14, 2010
Empati
Kadang kala aku rasa bersyukur sangat tak dapat lagi perasaan itu. Sebab aku sendiri rasa sangat sakit bila tengok hati mereka rabak terluka.
Wahai si polan,
Empatiku pada nasibmu takkan merubah apa. Hidup memang begitu, namun masih ada ruang untuk kau perbaiki. Jangan asyik mengejar sesuatu yang bukan milikmu kerana Allah lebih tahu apa yang baik untuk hidupmu. Jalan yang berliku terkadang lebih menarik daripada jalan yang terus itu. Letih didunia tidak mengapa. Moga dibalas baik setiap titik peluhmu itu.