Sunday, December 18, 2011

Cermin Mata Baru

Tadaaa!
Hari Khamis aku buat spec baru, semalam dah dapat.


Yang ni full frame. Frame dia kaler purple campur biru sikit kot.
Light purple la tapinya. Spec lama tu frameless.
Aku suka je dua-dua.

Aku beli spec ni murah, tak sampai RM200. Kira cukup-cukup allocation yang company bagi untuk claim spec la. Tak mampu nak beli yang ratus-ratus macam orang lain. Asalkan aku nampak jalan, nampak huruf, nampak muka orang. Okeylah tu kan?

Aku perasan sekarang ni sofea dah banyak ikut perangai aku. Duduk makan kat luar pun bersila. Junk food yang aku makan pun dia makan. Gaya kat rumah pun macam aku.

Cumanya aku takde la aktif macam dia. Pesen ulat beluncas sangat tak reti duduk diam walau seminit. Kaki tu macam ada spring. Asyik nak main aje kerjanya.

Gigi Adam masih tak tumbuh lagi. Semalam dia muntah-muntah & diarrhea. Kesian sangat. Duk ulang alik toilet sampai pagi. Pukul 11 pagi baru dapat tidur lena agaknya.






++ Live.Life.Cool ++

Jauhi Fitnah



Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) darinya, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya." (H.R. Bukhari-Muslim)




Bagi mereka-mereka yang mendapati saudara seagama kita sedang diuji dengan fitnah pula, sama-samalah ambil tanggungjawab untuk membela dan mempertahankan mereka yang teraniaya. Janganlah kita membiarkan saudara seagama kita bersendirian dalam menghadapi fitnah. Rasulullah saw telah memberi peringatan kepada kita sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:-


Nabi bersabda, "Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan. Dan sesiapa yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan pertolongan." (Hadis riwayat Abu Daud)

p/s: credit to blog http://nasronhashim.blogspot.com/2011/03/jauhi-fitnah.html
++ Live.Life.Cool ++

Lain kali jangan banyak berkhayal

Hari khamis & Jumaat, aku berada dalam keadaan yang sangat marah. Walhal dah lama aku tak rasa perasaan marah macam ni. Paling tidak aku akan rasa geram dan kembali pulih dalam beberapa ketika.

Kenapa kau tanya? Aku sangat marah sebab difitnah. Termasuk kali ni dah 3 kali orang yang sama memfitnah aku. Padahal aku dah tak ambil tahu tentang si polan dalam hampir setahun ni. Aku tak ingin dan aku bukannya terdesak. Dan juga aku sangat marah kepada manusia yang kononnya meluat dengan tindakan orang yang difitnah menegur & memberi pengajaran kepada si pemfitnah.

Tahu tak dosa memfitnah tu lebih besar daripada dosa membunuh. Itu Allah yang cakap bukan aku.

Kau tak berada di tempat kami. Makanya, sudah tentu kau rasa tidak apa. Cuba kau kena sekali dua. Mahupun tiga kali. Masih boleh bersabarkah engkau dengan si polan tu? Kalau kau dapat bersabar memang aku tabik. Kau tak tahu cerita dari awal. Kau main terjah bahagian tengah. Aku agak walau kau dah tau, mungkin kau buat-buat tak tahu aje kot. Yelah. wanita yang menjaga aib orang lainlah katakan.

Sebenarnya kalau nak bercerita tentang aib, kadang tu bukan kita yang sengaja membuka aib orang. Walaupun aib si polan disimpan kemas, tapi kalau sendiri yang tak reti menjaga aib sendiri kau fikir macam mana? Allah tu maha besar. Kau ingat orang yang kena aniaya senang-senang Allah nak biarkan ke?

Itulah, aku dah kata jangan berkhayal banyak sangat. Khayal tentang masa depan yang belum tentu akan wujud. Khayal tentang masa lalu yang dah berlalu dan takkan dapat diputar kembali. Nanti syaitan menyelit dalam diri. Hiduplah sebaik-baiknyanya pada hari ni. Kau manfaatkan hari yang sedang dijalani ni. Jangan buat perkara lagha banyak sangat. Jangan sakitkan hati manusia. Kau banyak sangat masa lapang ke apa?

Kau buat salah dengan Allah, kau boleh mintak ampun dengan Allah. Kau buat salah dengan manusia. Kat padang masyar nanti kau cariklah dengan keadaan umat manusia yang berhimpit-himpit macam semut. Pandai-pandailah kau uruskan.

Lagi satu, kadang kau buat salah dengan manusia atau dengan Allah. DIA tak bagi balasan kat kau serta merta. Mungkin DIA bagi kat orang sekeliling kau. Orang terdekat kau. Orang yang kau sayang. Kalau kau tak sedar diri jugak aku taktau lah apa nak kata. Sebenarnya kau tahu tak apa tujuan kau hidup atas muka bumi ni? Sekadar berseronok aje ke? Fikir weh..jangan banyak khayal. Masa kita kat dunia ni tak banyak. Esok lusa kena tarik nyawa takut tak sempat nak bertaubat, mintak ampun kat Allah - mintak maaf kat manusia yang kau fitnah, yang kau sakitkan hati diorang.

Sedarlah weh. Aku pun bukannya baik sangat. Tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik sekurang-kurangnya pada diri sendiri, keluarga & orang terdekat aku. Aku dah taktau nak kata apa dah. Nasib baik hari ni aku dah mellow sikit. Kalau ikutkan hati nak aje aku lempang kau tau tak. Dah sudah. 2 hari aku fikir pasal kau. Malas aku nak layan lebih-lebih nanti kau fikir kau tu diva popular malaysia. tak kuasa aku!

----------------------------------

"Dalam soal fitnah ini, Rasulullah saw menyifatkan pelaku perbuatan fitnah ini sebagai seorang yang muflis sebagaimana hadis yang bermaksud:-

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?” Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta". Lalu Rasulullah saw menjawab: "Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah, seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya waktu di dunia ia pernah mencaci maki seseorang, menuduh (memfitnah) seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR Muslim)"

p/s: mak aku membebel sebab aku terlupa keluarkan tisu dari poket seluar. habis berterabur dalam mesin basuh. Ampun mak!
++ Live.Life.Cool ++

Wednesday, December 14, 2011

Bringing Ashley Home


wooo...baru habis tengok cerita 'Bringing Ashley Home'. Based on true story cerita ni. Sedih la jugak.


Cerita ni kisahnya tentang pengorbanan & kasih sayang seorang kakak kepada adiknya. Kakak nama Libba (tak pernah dengar Libba kan? Kalau Libby selalu la dengar). Adik dia nama Ashley. Kecik-kecik diorang rapat sangat. Cut the story short, si Ashley ni drug addict + ada bipolar disorder.


belah kanan tu Ashley.
yang macam Sazzy Falaq tu Libba.

So, satu hari tu si Libba ni bawak Ashley tinggal dengan dia. Mula-mula Ashley ni semangat la nak carik kerja bagai. Suka jadi model katanya. Tapi dah 3 bulan duduk dengan Libba, si Ashley ni tak kerja pun. Pagi tido malam pergi clubbing. Lepas tu kan dia hisap dadah. Dia curik jewelery akak dia tu. Bila kakak dia marah, si Ashley ni terus lari dari rumah.

jahat sampai kena tangkap dengan polis.

ni time dia kat rehabilitation center.


Mula tu akak dia ni buat selamba je la sebab ingatkan adik dia duduk rumah mak ke. 9 bulan kemudian baru dia tau yang adik dia hilang + amik drug + ada bipolar disorder. Lepas tu akak dia pergi cari tak henti-henti & salahkan diri sendiri sebab tak dapat protect adik dia.

One thing yang terkesan sangat kat aku sebab akak dia ni sentiasa akan datang kalau Ashley mintak tolong/perlukan bantuan.


Si Libba ni tak berputus asa walaupun pencarian dia dah makan masa bertahun. Dia korbankan kerjaya dia, marriage dia, duit dia - Libba takut sangat kalau adik dia mati. Polis pulak taknak rekodkan kehilangan Ashley sebab kata diorang Ashley dah dewasa. Tak dikira hilang + dia drug addict. Libba ni siap bukak satu persatuan kot untuk membantu orang yang hilang. Tapi kes tak diterima polis.

Akak dia macam sazzy falaq la.


In the end dia jumpa jugak Ashley. Pregnant 8 bulan time tu. Libba bawak adik dia balik rumah. Ashley dapat baby boy. Nama Jake. Dia kata kalau anak tu perempuan dia nak namakan Libba. Sebab dia sayang sangat akak dia. Ashley dah berhenti minum arak & hisap dadah sejak dia mengandung.

Tapi tak semua kisah berakhir dengan happy kan. Memandangkan Ashley dah sihat, dia bekerja jual kereta. Agen la kiranya. Sukses sangat. Satu hari boss dia offer pegi club untuk celebrate kejayaan Ashley yang dah berjaya jual banyak kereta. Mula tu Ashley kata tak nak sebab nak jaga anak dia. At the same time dia tak dapat kawal nafsu nak minum. Malam tu dia lari lagi dari rumah. Tinggalkan anak dia. Dan, sehingga kini jejak Ashley tak dijumpai. Entahkan hidup entahkan mati. Penat je akak dia korbankan hidup mencari, last-last dia hilang jugak.

Akak dia berjaya la dengan Outpost for Hope.


--------------------------------------------

Anyway, ni gambar sebenar Libba.

Gambar Ashley tak jumpa pulak. Kat google image ada nama sama tapi taktau tu ke orangnya.

Moral of the story, sayangi kakak & adik beradik anda. Sayangi ibu bapa anda. Dan jangan menyusahkan dan memusnahkan hidup orang yang kita sayang. =)


++ Live.Life.Cool ++

Sunday, December 11, 2011

49 days

Setiap hari terfikir nak update blog tapi ada je perkara lain yang mengganggu. Actually bukan mengganggu tapi leka pegi buat benda lain.

Sekarang tengah tengok cerita 49 days kat Astro OneHD. Suka sebab ada actress kesukaan aku tapi baru check kat internet tadi cerita ni sad ending. Yang aku tengah tengok ni baru sampai episod 4.



Anyway, mak aku tak sihat dah empat hari kot. Kelmarin paling menakutkan sebab dia tak larat nak bangun, sakit kepala, badan panas & mengerang kesakitan. Masa aku tuam mak dengan air sejuk + ais, menangis kot dia. Tido dekat peha aku sambil berselimut satu badan.

Kesian tengok bila mak aku sakit macam ni sebab mak aku ni kategori superwoman. Ni tengah menaip ni pun dengar dia batuk-batuk kat dalam bilik tu. Masa aku jaga mak kejap semalam, mak aku asyik cakap sorry & terima kasih ulang-ulang. Sedih pulak dengar. Aku pun asyik cakap takpe biar akak tuam kasik panas badan tu berkurang. Lepas tu urut kepala dia. Mengerang dia tu buat aku takut.

Yelah, masa dulu aku boleh dikatakan hampir setiap hari menangis kalau ingat pasal mak aku. Padahal bilik sebelah-sebelah aje. Setiap hari aku bacakan doa tidur untuk ahli keluarga aku (masa dulu la). Aku takut sangat kalau aku bangun tidur aku tak dapat jumpa family aku. Aku selalu fikir biarlah aku mati dulu sebelum mak ayah tapi kalau aku pergi dulu mesti remuk hati diorang. Dah la aku satu-satunya anak perempuan diorang. Tapi kalau diorang pergi dulu, aku rasa aku taktau nak survive hidup ni macam mana. Lama-lama aku terus taknak fikir dah pasal ni. Sebab buat aku sesak nafas. Aku serahkan je pada yang Di Atas sana.

Mak aku, walaupun dia tengah sakit tapi tetap tak lupa tanggungjawab pada family. Macam mana ntah mak aku dapat buat macam tu. Aku salute sangat tapi kadang aku tak suka jugak sebab bila mak aku terlampau protect aku, lama-lama satu apa pun aku tak reti nak buat. Bayangkan kadang tu nak basuh pinggan pun terpaksa berebut kalau tak mesti dia aje yang nak buat. Next week nak belajar masak nasik. Mesti belajar cepat sebab kalau mak takde nanti takde orang nak ajar aku masak nasik. T___T

Aku rasa sebab ni la aku tak banyak berhubung dengan orang luar. Sebab aku rasa aku tak dapat nak hadapi saat kalau aku kehilangan orang-orang yang aku sayang ni.

Adeihh...mak dengan ayah dah terbangun pulak. Kena bebel sebab dah pukul 3 pagi tak tido lagi. Terpaksa tutup lappy. Doakan semoga mak aku cepat sihat kembali. Goodnite!

++ Live.Life.Cool ++

 

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Love Purple and Maroon. Meluah kata kadang tidak semudah yang difikirkan. Pabila berbicara, banyak hati yang perlu dijaga sehingga ada kalanya kita terpaksa mengabaikan perasaan sendiri. Terkadang bila ingin meluah, lidah kelu untuk melontar butir kata. Gembira, marah, merajuk, suka, duka semuanya dipendam. Keterbatasan emosi membuat kita kerap menyimpan rasa dalam hati. Lantas ruang kecil ini aku jadikan satu medium untuk aku meluah rasa dan idea. Bahkan aku harap agar setiap emosi yang mewarnai diri ini akan menjadikan hidup aku lebih bermakna untuk aku kenangi sebagai kisah klasik yang indah.

Sofie's Mind Copyright ©. Designed by Whitey Mommy