Yeayyy…Hari ni aku ada exam IT Planning. 4 chapter dah baca. Tinggal lagi 3 chapter lagi. Humangg aihhh…memang selalunya macam ni laa jadinya. Study last minute! Hehe
Hopefully aku dapat menjawab soalan dengan jayanya. Apatah lagi aku ni boleh dikatakan sangat bertuah kerana telah mendapat sokongan moral yang amat padu seperti peluru berpandu daripada ibu bapa, sahabat-sahabat, rakan sekerja dan juga pihak management aku. Berkobar-kobar semuanya mengucapkan Good Luck! Makanya aku perlu buat yang terbaik kerana mereka juga telah mendoakan yang terbaik bagi aku. Chaiyyokk…chaiyyokkk!!~
Ohh..malam tadi time tengah study tiba-tiba ayah bagi sedikit tazkirah untuk aku. Erm..kata-kata ayah sebenarnya merupakan satu peringatan yang amat berguna untuk aku kerana di saat-saat kesabaran aku semakin menipis ini, aku terlupa untuk menjadi seorang insan yang bersabar atas dugaan yang diberikan oleh Allah swt. Aku terlupa azam aku tahun ni iaitu untuk menjadi seorang yang lebih bersabar. Aku kena didik nafsu, perasaan & emosi aku agar jangan bertindak melulu. Aku nie baru aje setahun jagung. Tak faham lagi selok-belok dunia luar.
Yang best lagi dalam tazkirah ayah tadi ada sebut tentang 'MANIPULASI'. Sungguh perkataan ini wujud di dunia ini kerana wujudnya orang-orang yang sering mempergunakan orang lain untuk kepentingan mereka. Si polan-polan inilah yang selalu aku hadapi sekarang ini. Ayah suruh aku lebih matang dan lebih banyak berdiam. Anggap saja apa pekerjaan yang diberi akan membawa manfaat untuk diri sendiri mahupun orang lain dikemudian hari nanti. Kisah-kisah yang ayah ceritakan tadi pun amat memberi kesan kepada aku & membuat aku lebih faham tentang kepentingan bercakap secara berhikmah.
Semoga apa yang ayah sampaikan kepada aku itu dapat aku amalkan seumur hidupku ini. Sesungguhnya, aku bahagia punyai ayah yang mengambil berat terhadap perkembangan anaknya ini. Aku doakan yang terbaik buat ibu dan ayah. Anakandamu ini akan belajar dari kesilapan lalu & berusaha untuk menjadi insan yang lebih berguna. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment