Monday, June 15, 2009

Seindah Biasa




Pagi yang tenang. Di KL hujan. Aku suka hujan. Harapnya kat Temerloh pun hujan jugak sebab kat sana agak panas terik. Kalau dapat turun hujan mesti rasa sejuk aman je. =)

Aku bersyukur Allah jadikan diri aku seorang yang sensitif terhadap persekitaran. Aku punya rasa empati yang melimpah ruah. Itu sebab aku tak suka orang bercerita masalah mereka dekat aku. Bukan aku nie sombong tapi itulah…setiap masalah tu dari sekecil2 kuman pun akan menjadi beban kepada aku. Aku jadi sangat pemikir untuk selesaikan masalah. Aku jadik sangat simpati dan empati kepada tuan punya masalah. Aku jadik sangat kasihan kepada mereka. Terkadang aku boleh menangis hanya mengenangkan masalah mereka. Meski mereka bukanlah orang yang rapat dalam hidup aku..Haiihhh…

Semakin aku mengelak untuk menjadi pendengar masalah semakin kerap aku didatangi orang dengan kisah2 & masalah dalam hidup mereka. Dan aku, perlu menjadi seorang pendengar yang setia. Memang..aku tahu aku patut bersyukur kerana orang percaya pada aku barulah mereka luahkan masalah mereka kat aku. Terima kasih di atas kepercayaan mereka terhadap diri ini. (^-^)/

Tapi kan..semua nie Allah datangkan bersama satu lagi keistimewaan. Allah berikan aku perasaan tidak enak hanya sekejap saja. Yang paling seronok, aku nie Allah jadikan seorang manusia yang mudah lupa akan kesalahan orang lain (kecuali kalau aku benar2 sakit hati mungkin mengambil masa yang agak lama). Kalau aku marah & geram tue aku akan menyumpah2 dan membebel2 dalam hati. Lepas nangis waktu malam & bangun pagi esok aku dah boleh ok semula.hehe..Best kan?

Dalam beberapa minggu nie aku ada x puas hati dengan beberapa insan tapi sekarang aku dah okey dah. Dah jadik sejuk balik. Dah boleh lupakan kata2 & tingkah mereka yang mengguris hati aku.


Aku jumpe petikan kata2 yang sangat benar dan membenihkan harapan untuk diri ini terus berusaha hidup dengan lebih baik dan menjadi insan yang bersyukur.Terima kasih kepada tuan penulis. (“,)

“Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…

Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi”


++ Live.Life.Cool ++

 

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Love Purple and Maroon. Meluah kata kadang tidak semudah yang difikirkan. Pabila berbicara, banyak hati yang perlu dijaga sehingga ada kalanya kita terpaksa mengabaikan perasaan sendiri. Terkadang bila ingin meluah, lidah kelu untuk melontar butir kata. Gembira, marah, merajuk, suka, duka semuanya dipendam. Keterbatasan emosi membuat kita kerap menyimpan rasa dalam hati. Lantas ruang kecil ini aku jadikan satu medium untuk aku meluah rasa dan idea. Bahkan aku harap agar setiap emosi yang mewarnai diri ini akan menjadikan hidup aku lebih bermakna untuk aku kenangi sebagai kisah klasik yang indah.

Sofie's Mind Copyright ©. Designed by Whitey Mommy