Monday, April 6, 2009

Shopping Day!




Semalam pergi keluar jalan-jalan dengan Haizun. Mula-mula rancangannya adalah keluar dengan Fadiah sekali, suddenly dia tak dapat datang pulak. Ada hal lain. So, jalan berdua aje la dengan Haizun. Hari yang agak gila starting dengan bangun lambat, then kelam kabut carik baju yang nak dipakai. Tak tau pasal ape tak jumpe baju inner hitam tue. Ke mata aku yang problem? Lepas tu kena menapak plak ke Putra LRT kg baru. Panas terik tak payah nak cakap laa. Mencurah-curah peluh. Luckily i'm wearing all black..So, tak nampak sangat baju basah lencun. Tapi sebab all black tu jugak membuatkan aku bertambah panas...uwaaaaa....

Sampai-sampai aje masjid jamek terus beli inner shirt hitam tu. Terbang RM15 aku. Tapi best jugak kain dia. Lembut & selesa. Sambil berjalan sambil borak kitorang menapak ke Sogo. Nak membeli-belah kaedahnya. Ya Allah! sampai-sampai aje Sogo betapa bersyukurnya aku sebab dalam tue sejukkk sangat + mata aku dihidangkan dengan abjad-abjad yang akhirnya membentuk satu perkataan yang amat digemari ramai iaitu S.A.L.E!~ wallaaa... =)

Setelah berbulan-bulan aku tak membeli-belah untuk diri aku, akhirnya aku membelanjakan sebanyak RM258.06 dengan membeli 5 helai baju dan sehelai seluar. First time beli baju brand Disney. Aku suka design baju tue sume. Ingat nak beli undergarments tapi macam mahal plak & takde yang berkenan di hati. Maybe next time. Habis shopping, pergi makan tom yam kung kat Secret Recipe. Air kat SR tue mahal gillerkan? RM 7 segelas. Haihhh....

On the way nak balik singgah Minerva. Kesian Un, tak pernah jejak situ. Aku sambar 6 buah novel + 1 buku motivasi. Habis dekat RM 150 ++.

Novel:
1) Rooftop Rant - Hlovate
2) matahariku - Aina Emir
3) Nama Aku N - Aina Emir
4) Tanya Pada Hati - Iman Xara
5) Chinta - Norhayati Berahim
6) Setiap Jumaat - Norhayati Berahim

Buku motivasi
1) La Tahzan (Jangan Bersedih) - Dr. Aidh Bin Abdullah Al- Qarni

Arghhh... novel-novel yang aku beli hari tu pun belum habis baca lagi. Nafsuuuuuuuu....Itu pun ade hati lagi nak beli novel RAM + JS novels yang lain. Bengongnyaaaaa.....

Sebelum balik aku keluarkan gaji aku sikit. Gaji pertama tue..hehe...

1) Mak - Rm 100
2) Ayah - Rm 100
3) Abang - Rm 60
4) K.syida - Rm 50
5) Aki - Rm 30
6) Adik - Rm 30

Aku harap aku dapat bahagikan gaji nie dengan consistent. Ingat nak bayar PTPTN tapi better start next month kan. Sebab nanti aku dah tau nak budget berapa. Loan yang aku pinjam RM 56,000. Banyak tak? Kalau aku bayar ikut schedule tahun 2029 baru aku habis bayar semuanya. Yang tak tahan tu admin fees. RM 20,265.81 tu. Hampir separuh daripada amount loan aku. ..iskk...Anyway, aku harap aku dapat settlekan hutang-hutang nie..InsyaAllah...

Aku sampai rumah dekat pukul 6.40 petang. Memang penat sangat. Lagi-lagi kaki aku nie haa... Rase macam nak tercabut aje. Aku nak beli selipar. Memang dah jumpe yang cun punye.. Tapi kaler selipar tue sebelah kanan lain, sebelah kiri lain. Haizun kata tak elok sebab nanti mengundang kepapaan. wallahualam.. Terus aku tak jadi beli. Tapi masih teringat-ingat jugak kat selipar tue. Takpe la. Beli lain je.




++ Live.Life.Cool ++

Wednesday, April 1, 2009

 

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Love Purple and Maroon. Meluah kata kadang tidak semudah yang difikirkan. Pabila berbicara, banyak hati yang perlu dijaga sehingga ada kalanya kita terpaksa mengabaikan perasaan sendiri. Terkadang bila ingin meluah, lidah kelu untuk melontar butir kata. Gembira, marah, merajuk, suka, duka semuanya dipendam. Keterbatasan emosi membuat kita kerap menyimpan rasa dalam hati. Lantas ruang kecil ini aku jadikan satu medium untuk aku meluah rasa dan idea. Bahkan aku harap agar setiap emosi yang mewarnai diri ini akan menjadikan hidup aku lebih bermakna untuk aku kenangi sebagai kisah klasik yang indah.

Sofie's Mind Copyright ©. Designed by Whitey Mommy