Thursday, December 31, 2009
Thursday, November 12, 2009
Thursday, September 17, 2009
Monday, August 17, 2009
Sunday, August 16, 2009
Wednesday, August 5, 2009
Monday, June 15, 2009
Seindah Biasa
Aku bersyukur Allah jadikan diri aku seorang yang sensitif terhadap persekitaran. Aku punya rasa empati yang melimpah ruah. Itu sebab aku tak suka orang bercerita masalah mereka dekat aku. Bukan aku nie sombong tapi itulah…setiap masalah tu dari sekecil2 kuman pun akan menjadi beban kepada aku. Aku jadi sangat pemikir untuk selesaikan masalah. Aku jadik sangat simpati dan empati kepada tuan punya masalah. Aku jadik sangat kasihan kepada mereka. Terkadang aku boleh menangis hanya mengenangkan masalah mereka. Meski mereka bukanlah orang yang rapat dalam hidup aku..Haiihhh…
Semakin aku mengelak untuk menjadi pendengar masalah semakin kerap aku didatangi orang dengan kisah2 & masalah dalam hidup mereka. Dan aku, perlu menjadi seorang pendengar yang setia. Memang..aku tahu aku patut bersyukur kerana orang percaya pada aku barulah mereka luahkan masalah mereka kat aku. Terima kasih di atas kepercayaan mereka terhadap diri ini. (^-^)/
Tapi kan..semua nie Allah datangkan bersama satu lagi keistimewaan. Allah berikan aku perasaan tidak enak hanya sekejap saja. Yang paling seronok, aku nie Allah jadikan seorang manusia yang mudah lupa akan kesalahan orang lain (kecuali kalau aku benar2 sakit hati mungkin mengambil masa yang agak lama). Kalau aku marah & geram tue aku akan menyumpah2 dan membebel2 dalam hati. Lepas nangis waktu malam & bangun pagi esok aku dah boleh ok semula.hehe..Best kan?
Dalam beberapa minggu nie aku ada x puas hati dengan beberapa insan tapi sekarang aku dah okey dah. Dah jadik sejuk balik. Dah boleh lupakan kata2 & tingkah mereka yang mengguris hati aku.
Aku jumpe petikan kata2 yang sangat benar dan membenihkan harapan untuk diri ini terus berusaha hidup dengan lebih baik dan menjadi insan yang bersyukur.Terima kasih kepada tuan penulis. (“,)
“Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…
Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi”
Monday, May 11, 2009
Monday, April 6, 2009
Shopping Day!
Semalam pergi keluar jalan-jalan dengan Haizun. Mula-mula rancangannya adalah keluar dengan Fadiah sekali, suddenly dia tak dapat datang pulak. Ada hal lain. So, jalan berdua aje la dengan Haizun. Hari yang agak gila starting dengan bangun lambat, then kelam kabut carik baju yang nak dipakai. Tak tau pasal ape tak jumpe baju inner hitam tue. Ke mata aku yang problem? Lepas tu kena menapak plak ke Putra LRT kg baru. Panas terik tak payah nak cakap laa. Mencurah-curah peluh. Luckily i'm wearing all black..So, tak nampak sangat baju basah lencun. Tapi sebab all black tu jugak membuatkan aku bertambah panas...uwaaaaa....
Sampai-sampai aje masjid jamek terus beli inner shirt hitam tu. Terbang RM15 aku. Tapi best jugak kain dia. Lembut & selesa. Sambil berjalan sambil borak kitorang menapak ke Sogo. Nak membeli-belah kaedahnya. Ya Allah! sampai-sampai aje Sogo betapa bersyukurnya aku sebab dalam tue sejukkk sangat + mata aku dihidangkan dengan abjad-abjad yang akhirnya membentuk satu perkataan yang amat digemari ramai iaitu S.A.L.E!~ wallaaa... =)
Setelah berbulan-bulan aku tak membeli-belah untuk diri aku, akhirnya aku membelanjakan sebanyak RM258.06 dengan membeli 5 helai baju dan sehelai seluar. First time beli baju brand Disney. Aku suka design baju tue sume. Ingat nak beli undergarments tapi macam mahal plak & takde yang berkenan di hati. Maybe next time. Habis shopping, pergi makan tom yam kung kat Secret Recipe. Air kat SR tue mahal gillerkan? RM 7 segelas. Haihhh....
On the way nak balik singgah Minerva. Kesian Un, tak pernah jejak situ. Aku sambar 6 buah novel + 1 buku motivasi. Habis dekat RM 150 ++.
Novel:
1) Rooftop Rant - Hlovate
2) matahariku - Aina Emir
3) Nama Aku N - Aina Emir
4) Tanya Pada Hati - Iman Xara
5) Chinta - Norhayati Berahim
6) Setiap Jumaat - Norhayati Berahim
Buku motivasi
1) La Tahzan (Jangan Bersedih) - Dr. Aidh Bin Abdullah Al- Qarni
Arghhh... novel-novel yang aku beli hari tu pun belum habis baca lagi. Nafsuuuuuuuu....Itu pun ade hati lagi nak beli novel RAM + JS novels yang lain. Bengongnyaaaaa.....
Sebelum balik aku keluarkan gaji aku sikit. Gaji pertama tue..hehe...
1) Mak - Rm 100
2) Ayah - Rm 100
3) Abang - Rm 60
4) K.syida - Rm 50
5) Aki - Rm 30
6) Adik - Rm 30
Aku harap aku dapat bahagikan gaji nie dengan consistent. Ingat nak bayar PTPTN tapi better start next month kan. Sebab nanti aku dah tau nak budget berapa. Loan yang aku pinjam RM 56,000. Banyak tak? Kalau aku bayar ikut schedule tahun 2029 baru aku habis bayar semuanya. Yang tak tahan tu admin fees. RM 20,265.81 tu. Hampir separuh daripada amount loan aku. ..iskk...Anyway, aku harap aku dapat settlekan hutang-hutang nie..InsyaAllah...
Aku sampai rumah dekat pukul 6.40 petang. Memang penat sangat. Lagi-lagi kaki aku nie haa... Rase macam nak tercabut aje. Aku nak beli selipar. Memang dah jumpe yang cun punye.. Tapi kaler selipar tue sebelah kanan lain, sebelah kiri lain. Haizun kata tak elok sebab nanti mengundang kepapaan. wallahualam.. Terus aku tak jadi beli. Tapi masih teringat-ingat jugak kat selipar tue. Takpe la. Beli lain je.
Wednesday, April 1, 2009
Saturday, March 14, 2009
Friday, March 13, 2009
Monday, March 9, 2009
Sunday, March 8, 2009
Selamat Menyambut Maulidur Rasul
Semoga kebaikan yang Allah s.w.t kurniakan kepada Rasullullah akan menjadi pedoman dan panduan kepada kita agar menjadi hambaNYA yang soleh/solehah serta lebih cemerlang..InsyaAllah..
Friday, March 6, 2009
Monday, March 2, 2009
Thursday, February 26, 2009
Monday, February 16, 2009
Saturday, February 7, 2009
Wednesday, January 28, 2009
Happy BesTdaY !
simple sangat + buat kat rumah aje coz semalam ayah aku dah bawak makan kat IZZI.
kire pre-birthday celebration laa memandangkan abang aku keje petang semalam,
sempatlah sambut same-same kat IZZI tue.
petang tadi bile bangun tido aje tengok2 dah nampak prezent.
aku macam dah tau dah hadiah tue ape cume tak tau design dia aje lagi..hehe..
apekah ia?
jeng..jeng..jeng...
mengada2 bergaya dengan sut baru..
okey tak? mestila okey kan..hehe
cantekkk sangat kertas pembalut hadiah nie kan..?
macam tau-tau je aku suka dengan kaler nie..
tengkiu so much aki!~
sebelah malam pulak kitorang makan kat rumah aje.
Mak, ayah, aki, adik, kak syida, adam & pia yang meriahkan suasana.
birthday cake yang ayah tempah ngan kawan dia.
nampak je plain gitu tapi sedap tau rasa cake nie!
kami sekeluarga makan chicken chop black pepper
dan juga kasih sayang yang diberi kepada aku. Semoga kasih sayang kita akan berkekalan
dan dirahmati Allah sehingga akhir hidup kita. Amin.
I Love You All...muaaahhhhhhh!~
Permulaan
Permulaan...
atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai new beginning.
Apa yang bermula?
Macam-macam perkara yang bermula dan insyaAllah setiap satu daripadanya pasti akan menemui pengakhiran masing-masing.
Jadi, apa yang aku nak sampaikan sebenarnye nie?
hehe..
Simple aje.
Pada tarikh bersejarah ini sebenarnye telah bermulanya kelahiran aku didunia nie. Dah bertambah pun umur setahun. Harapnya makin matang dalam menempuhi liku-liku kehidupan. Tabah menerima ujian dan dugaan dari Yang Maha Esa. Lebih rajin dan tekun menunaikan perintahNya dan meninggalkan perkara yang mungkar.
Apapun, terima kasih aku ucapkan kepada insan-insan yang masih sudi
mengingati tarikh lahir aku.
Terima kasih:
Noor Malia
Tengku Nilam
Seroja a.k.a Qistina Amani
Halimatus Saadiah
Abang Ahpek (Happy BesTdaY jugak!)
Nabielah a.k.a bini popeye
mee_maggie
Aamoi
Fadiah
Birthday Card dari member Cari Forum.
Friday, January 16, 2009
Thursday, January 15, 2009
Monday, January 12, 2009
Tuesday Blues in Temerloh
Adam berkhatan hari nie. Umur baru 5 tahun. Comel sangat pagi-pagi dah bangun siap sedia nak pegi klinik. Mak call tadi cakap Adam sangat baik. Doktor pun puji sebab tak banyak ragam. Tapi bile balik rumah aje terus merengek-rengek kesakitan. Bius dah habis agaknye tu.
Hari nie macam-macam cerita yang didengar. Cerita Fadila, Haizun, Kak Wan & Kak Salmi. Kadang-kadang best jugak bila pinjamkan telinga untuk orang meluah perasaan. Lega sikit agaknya diorang tue. Anyway, sedih sikit hari nie gaji tak masuk lagi. Tapi kena cool. Nak mengeluh pun tak guna sebab duit tue tak akan masuk secara tiba-tiba kan? Unless Allah nak bagi kejutan kepada hambanya yang kesempitan nie. hehe..
Actually kena buat SRS untuk Medical Record tapi mood masih mellow dan menjadi agak slow. Tapi kena buat gak sebab due date Stephanie dah bagi 15/12/09. Hopefully dapat siapkan before tarikh tersebut. InsyaAllah.
Malam nie sister ajak pergi makan McDonalds. Tapi kewangan tak mengizinkan. Macam mana lah nak buat nanti. Takde idea lagi. Ya Allah…bantulah hambamu ini…(-_-”)
My brother & me
Have a nice chit chat with my brother. Lama dah tak borak hepi-hepi same-same. Borak pasal Farmville - can u imagine? Then borak pasal Fishville, Facebook, kawan dia (mualaf) kawen ngan my SIL punya cousin.
Yang kelakarnya boleh dia tanya sebelum ni aku belajar kat mana. MMU or Uniten? hehe so funny. And he don’t know (or maybe forgot already)kat mana Aki study. It’s UIA la abang. Umm..nvm, as long as dia ada hati nak tau ..
Great feeling tonight!~