Monday, September 8, 2008

Pyrophobia




Pernah dengar tak tentang pyrophobia nie? Ia adalah salah satu jenis phobia yang terdapat didunia. Dikatakan bahawa individu yang mengalami pyrophobia ini takut akan api.

Oh ye..korang boleh gelak puas2 dulu. Sebab aku pernah cerita kat cousin aku yang aku nie tergolong dalam golongan yang menghidapi pyrophobia dan dia gelakkan aku sampai kate bleh wat drama or novel nanti. Hampeh sungguh kan...pyrophobia is just ntahape2 bagi dia. Sound stupid macam tue..*duh!*

So, I've to admit that I'm pyrophobic. Aku takut akan api. Aku baru tahu term pyrophobia nie awal tahun nie. At first aku tak perasan langsung yang aku nie pyrophobic, but then ade satu perbincangan kat forum CARI pasal wanita perlu tahu memasak and then baru laa keluar cerita pasal pyrophobia nie.

Aku mmg tak pernah masak menggunakan dapur gas seumur hidup aku. Sebab aku risau giller api tue tetibe terkuat and sambar tangan aku. Kalau mak aku masak ikan and minyak meletup2 hatta meletup kecil pun aku dah boleh jadik macam sakit jantung. Terkejut yang membuat aku nak marah orang yang berdekatan dengan aku. Sepanjang hidup aku, aku pernah masak nasi goreng, sardin dan bubur saje. Itupun aku masak dalam rice cooker and multi-purpose cooker. Aku berani sbb tak nampak api. hehe..

Tak pernah masak satu hal. Aku semakin sedar aku nie takut api apabila aku sebenarnya tak pernah menyalakan mancis, tak pernah petik lighter, tak pernah menyalakan lilin, dan tak pernah main mercun/bunga api.

Hmm...adekah itu cukup menandakan yang aku nie pyrophobic? cukup laa tue kan..tapi aku jenis yang takut api kalo aku yang kena pegang barang2 yang kena api tue..kalo aku setakat pandang je aku tak takut.

Pyrophobia nie sebenarnye secara tak langsung amat memberi kesan dalam kehidupan aku. Pertama sekali aku tak dapat memasak. Masyarakat pandang rendah pada wanita yang tak tahu memasak. Nak kawen pun aku rasa mak mertua awal-awal lagi dah reject. Lepas tue orang kata memikat suami melalui perutnya. Dah sah-sah kalau makan megi or other instant foods tiap-tiap hari akan membuatkan suami mencari yang lain. ohh..mungkin dia akan berkawen pula dengan pembantu rumah plak..(jika ada).

Aku juga akan mendapat masalah kalau aku tinggal sorang2 dan dimana pada saat genting bila aku perlu menggunakan lighter, lilin, mancis dan sebagainya yg berkaitan dengan api. Adekah aku perlu pergi ke rumah jiran untuk meminta bantuan mereka...erkkk...lepas tue kalo aku dah kawen beranak pinak sume takkan tatau nak gune mancis kan..malu laa cenggitu..adeih...

Kalau aku pergi rumah sedara-mara aku kan. Aku tak pernah tolong diorang masak. Sebaliknya aku akan jadi pencuci pinggan mangkuk yang berjaya! Memandangkan aku tak reti buat kerja rumah, maka aku telah mempunyai hobi membasuh pinggan mangkuk. Sampai aku tak boleh pandang kalau ada pinggan mangkuk yang tak berbasuh dalam sinki..iskk...

adik aku bagi solution utk masak gune dapur elektrik..tak nampak api..huhu..okey gak tue kan..tapi kena kumpul duit dulu laa baru leh beli dapur elektrik.

aku ada bace pasal pyrophobia punya treatment..tapi basically sume kena bergantung kat diri sendiri jugak..mind setting sume tue kena ubah. so, aku yang kena ubah diri aku. tapi perkara nie bukan boleh amik masa satu, dua hari. it really takes time. aku harap sangat aku boleh atasi masalah nie sbb kelemahan nie membuatkan aku rasa diri tak berguna sangat. Semoga aku dapat hidup dengan normal dan kalo dah sembuh..perkara pertama yang aku nak buat ialah memasak! Aku jeles sangat abang & adik2 lelaki aku terrer memasak. Aku pun nak hebat macam diorang jugak. Aku mesti dapat buat punya. Chaiyyokk! Chaiiyookk!!~

++ Live.Life.Cool ++

0 comments:

 

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Love Purple and Maroon. Meluah kata kadang tidak semudah yang difikirkan. Pabila berbicara, banyak hati yang perlu dijaga sehingga ada kalanya kita terpaksa mengabaikan perasaan sendiri. Terkadang bila ingin meluah, lidah kelu untuk melontar butir kata. Gembira, marah, merajuk, suka, duka semuanya dipendam. Keterbatasan emosi membuat kita kerap menyimpan rasa dalam hati. Lantas ruang kecil ini aku jadikan satu medium untuk aku meluah rasa dan idea. Bahkan aku harap agar setiap emosi yang mewarnai diri ini akan menjadikan hidup aku lebih bermakna untuk aku kenangi sebagai kisah klasik yang indah.

Sofie's Mind Copyright ©. Designed by Whitey Mommy