Aku sebenarnye sedih sangat. Aku jadik tension pulak bile aku practical nie takde keje. Yelaa..Aku tak sangka aku jadik macam nie. Walaupun nie baru permulaan tapi tetap buat semangat aku lemah. Time aku study dulu aku selalu berangan - aku adalah pekerja yang sangat berdedikasi terhadap kerja. Hardworking employee & committed to work. But now, dari ape yang aku cite pasal 4 hari practical aku pun korang dah nampak kan. Sangat kecewa. Aku tatau laa nape lately nie aku fragile sangat. Sket2 nak hiba..Sket2 nak sebak. Dulu aku tak macam nie tau.
Maybe sebab aku kecewa dengan diri sendiri kot.
Hari nie aku abeskan bace novel Hlovate - 5 tahun 5 bulan. Banyak kata-kata yang menguatkan semangat aku. Ade Hlovate cite pasal surah insyirah. Kate dia kalau hati tak tenang, sedih atau berduka - baca surah al-insyirah & dhuha. InsyaAllah ketenangan akan dirasai.
Bile aku bace pasal surah al-insyirah tue aku jadik sebak. Ade seorang insan pernah datang dalam hidup aku satu waktu dulu - perkenalkan surah nie kat aku. Katenya kalau kita ade hajat ape2 bace surah nie insyaAllah akan termakbul. Dan aku telah mengamalkan bace surah Insyiah nie dalam setiap waktu solat aku.
Dan semasa solat Isyak tadi - waktu aku baca surah nie dalam rakaat pertama aku terus sebak. Agaknye sebab pertama kali aku mendalami maksud surah nie. Aku betul2 rase insaf. Sesungguhnya hanya DIA tempat kite bergantung. Bile aku bace surah nie automatically, aku jadik sebak pasal kerja aku.
Satu lagi aku sebak sebab teringatkan si dia yang mengajar aku surah nie. Ahhh...kadang2 rindu tue terbit suke suki dia je. Malas aku nak layan!~
Sesungguhnya aku harus ingat akan ayat Allah yang ini:
boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(surah al-baqarah : 216)
Dan aku yakin, ade hikmah disebalik segala kejadian yang berlaku dalam kehidupan aku akhir2 ini. Aku mohon agar diberi kekuatan & kesabaran untuk mengharungi hari-hari mendatang dan semoga Allah merahmati perjalanan hidupku ini. Amin ya Rabbal Alamin....
Maksud surah Al-Insyirah:

1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu untukmu?
2. Dan mengangkat bebanmu dari (pundak)mu,
3. Yang telah memberatkan punggungmu?
4. Dan meninggikan untukmu sebutan kamu?
5. Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan,
6. Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan.
7. Maka jika engkau sudah bebas, tetaplah tabah bekerja keras!
8. Dan jadikanlah Tuhanmu sebagai tujuan [kerinduan] engkau semata!
1 comments:
nice entry... thanks :)
Post a Comment