Bismillahirrahmanirrahim….
Gawat..!!
Apa yang gawatnya? hihi…seharian isnin ini aku gawat. Sudahlah terlepas subuh bangun tidur akhirnya jam 12.30 tgh hari. Itupun sebab aku terima panggilan dari Malaysia Franchise Association (MFA) untuk memaklumkan bahawa aku terpilih untuk menjalani temuduga di syarikat mereka. Aduhh…pemanggilnya bernama Cik Athirah. Waktu aku jawab panggilan itu suara aku kayak serak2 gitu. Jadi malu aku sama dia. Setelah berbincang akhirnya aku akan menjalani temuduga itu melalui telefon saja pada esok hari jam 3.00 petang. Aku khabarkan kepada Cik Athirah yang aku kini sibuk bangat dengan presentation kerana peperiksaan akhir hampir tiba (24/3). Terus saja Cik Athirah katakan yang beliau sudi untuk menemuduga aku melalui telefon. Terima kasih aku ucapkan kerana mengurangkan bebanan ku yang kian banyak ini.
Selesai urusan dengan Cik Athirah terus aku bangun kerana Assignment Business Plan ku belum siap lagi. Ini lah yang paling gawat. Aku betul2 kan apa2 yang patut kerana semalam aku sudah tak larat untuk sudahkannya. Setelah habis assignment Business Plan aku siapkan pula slide presentation untuk Strategic Management. Kemudian terus mandi. Catat sejarah aku hari ini kerana mandi tak sampai 10 minit. haha… Usai mandi aku bergegas solat & nasib aku memang baik kerana roommateku Nana sudi menghantarku ke bandar untuk binding dan fotostat. Kalau berjalan dari hostel ke bandar mau pengsan aku kerana mengambil masa hampir 15-20 minit.
Bertambah gawat lagi bila 2 orang sahabatku Fadiah & Haizun masih belum pulang lagi. Kerana pc & laptop mereka rosak maka mereka terpaksa gunakan lab komputer untuk menyelesaikan segala tugasan. Tapi aku risau kerana mereka seharusnya bersama aku untuk pergi ke kelas memandangkan kami ada presentation untuk subjek Strategic Management.
Bila aku msg mereka, kata mereka belum siap lagi Assignment untuk Business Plan. Aduuhhh…memang gawat. Mana tidaknya, Assignment itu harus disubmit pada jam 5.00 petang dan sekarang sudah jam 4.15 petang. Sudah lah begitu, andai mereka tidak datang ke kelas bagaimana sih dengan presentation kami? Mana mungkin aku present seorang bahagian mereka belum aku sempat baca. Sudahnya sampai ke kelas aku beritahu Miss Juraifa (lecturer) yang kawan2 ku 2 orang itu ‘tersangkut’ di bilik lecturer Othman Chin. Terpaksa aku berbohong untuk menyelamatkan situasi. Makanya kumpulan kami dianjak ke giliran kemudian sedikit. Nasibku baik juga kerana Abg Mus sudi membantu dalam presentation & Abg Acap sudi mengambil 2 rakan ku itu ke kelas.
Presentation kami berakhir dengan baik.
Yang kasihannya apabila rakanku Haizun mengalami masalah yang amat berat. Kan tadinya aku katakan bahawa mereka selesaikan Assignment mereka di lab komputer. Selepas itu, mereka pulang ke rumah sebentar untuk print tugasan itu. Malangnya apa yang disiapkan oleh Haizun tiada di dalam pendrivenya. Padahal katanya sudah di savekan di dalam pendrive itu sewaktu di lab tadi. Kecamuk sekali fikirannya. Ku lihat matanya juga sudah bergenang air mata. Aku kasihankan Haizun tapi apa yang mampu aku lakukan? Tiada apa. Mungkin itu dugaan dari yang Esa untuk dia.
Dan satu lagi peristiwa gawat yang berlaku hari ini. Seorang rakanku tiba-tiba jadi lemah & pengsan sebelum presentation kumpulan mereka. Hafiza namanya. Ku panggil saja Leesa kerana namanya hampir serupa dengan seorang lagi rakanku. Jadi untuk mengelak keliru ku panggilnya Leesa. Seharusnya Leesa itu disuruh present seorang diri oleh ahli kumpulannya. Huh.. tak patut langsung dibuat begitu pada Leesa. Mentanglah Leesa ini lembut orangnya. Terus terang aja aku tak suka pada ahli kumpulannya. Saat getir itu boleh pula buat muka menyampah & mahu naik angin kepada Leesa. Bukanlah Leesa itu sendiri yang mahu pengsan.
Aku, Fadiah & Haizun berusaha untuk membantu Leesa. Akhirnya dia sedar. Ku paksa Leesa beritahu apa sakitnya. Asyik collapse aja kataku padanya. Dia hampir2 beritahu sakitnya tapi kemudian dia kata biarlah saja. Biar ia simpan sebagai rahsia. Leesa berkata hanya Lecturer saja yang tahu tentang sakitnya itu. Selepas usai kelas aku bergegas bertemu lecturer. Aku menipu lagi. Tapi untuk kebaikan semestinya. Aku katakan yang Leesa tidak tergamak untuk beritahu penyakitnya sendiri, maka disuruh aku tanyakan sendiri pada lecturer. Terus aja lecturer beritahu yang Leesa itu sakitnya bukan fizikal tapi dr aspek spiritual. Kadang perkara ini terjadi bila dia merasa tensi. Ya, memang sepanjang minggu ini kami sekelas sangat tensi dengan kesibukan menyiapkan tugasan2 dan presentation. Mungkin sebab itu. Dan lagi satu biarlah aku simpannya sebagai rahsia. Kerana ini amanah dari tuan punya diri. Aku harus hormati itu. Aku fikir mungkin Leesa enggan beritahu kami kerana menyangka yang kami akan memperkecilkan dirinya. Tapi insyaAllah kami tidak akan buat begitu. Kita semua kan makhluk Allah yang paling sempurna. Mengapa pula harus direndah2 kan martabat seorang insan lain yang sama tarafnya dengan manusia lain disisi Allah. kan begitu?
Malam ini hajatnya aku mahu habiskan pembacaanku. Aku kini sedang membaca Novel Ayat-ayat Cinta hasil tulisan Habiburrahman El Shirazy. Ceritanya bagus sekali tapi pembacaanku kerap terganggu dengan tugasan2 lain. InsyaAllah akan aku usaikan pembacaanku ini sebelum aku menonton wayangnya. Aku semakin teruja kerana dari trailer2 yang ku tonton di YouTube sangat menarik minatku. Sebuah filem yang kuharapkan menepati citarasaku dan kuharap juga agar karya yang diadaptasi ini difilemkan dengan baik.
Sekarang aku asyik mendengar lagu2 dari OST filem ini. Sedih, sayu dan pilu. Semua berbaur dalam hati yang satu ini. Perasaan itu sering tersentuh lagi2 bila lagu Takdir Cinta diputarkan. Sungguh pilu….
Udah sampai sini saja tulisan ku untuk kali ini. InsyaAllah bertemu di lain waktu.
Wassalam…
1 comments:
Salam, semoga Allah merahmati semua dan didoakan berjaya dalam kerja....
Othman Chin, UNITEN
Post a Comment