Monday, August 21, 2006

Selamat Pengantin Baru Siti Nurhaliza & Dato’ Khalid!!

assalamualaikum & good morning semua..

da lama sangat rasanye aku tak menulis dlm blog nie..almaklumlah sekarang nie mmg musim exam jadi sibuk memanjang aje..ape2 pun banyak sebenarnye yang nk ditulis tapi buat yg penting2 dulu laa yek..hehe…

yaa…hari ini adalah hari yang bersejarah - 21 Ogos 2006 bersamaan dengan 26 Rejab 1427…mengapa aku katakan hari ini hari yang bersejarah? sudah tentunya kerana dari saat aku mencoretkan kata-kata ini tidak kurang 10 jam sahaja lagi artis kesayangan aku (dan mungkin juga anda) akan diijabkabulkan dengan pasangannya di Masjid Wilayah Pesekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur. Siti Nurhaliza binti Taruddin akan dinikahkan dengan pasangan yg tlh ditakdirkan utk beliau iaitu Dato’ Khalid bin Muhammad Jiwa (Dato’ K)..Khabarnya akad nikah akan dilangsungkan tepat pada 12.01 tengah hari di atas permintaan Dato’ K sendiri..entah mengapa alasan nya tidak pulak dikhabarkan..tak mengapalah asalkan segalanya berjalan dengan lancar dan pernikahan keduanya mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.

Entah mengapa Siti Nurhaliza yg akan bernikah esok aku pula yg merasakan debarannya..hehe.. Mungkin kerana aku amat mengasihi beliau maka perasaan itu berbeza sedikit rasanya..Jadi dikesempatan yang amat berharga ini, ingin sekali saya ucapkan “Selamat pengantin Baru” kepada Siti Nurhaliza dan Dato K dengan doa & harapan agar perkahwinan yang akan dibina mendapat keberkatan, rahmat dan hidayah drpd-Nya serta bahagia sehingga ke akhir nyawa..di dunia & di akhirat…amin….

Esok siaran langsung majlis pernikahan adalah pada jam 10.30 pg - 12.00 tgh hari..alamak.. sedih betul sbb ade class pulak pukul 11.00 - 2.00…nasib baik la ada siaran ulangan pada jam 7.30 mlm…erm..mintak2 laa xde apa2 hal..kalau tak melepas lagi laa jawapnya..

Sedih betul rasanya bila kenangkan cemuhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap Siti setelah beliau mengumumkan kisah cintanya kepada pihak media…kadang2 tu x faham apa yg difikirkan oleh pengutuk2 dan pencemuh2 semua tue..bukankah jodoh pertemuan, ajal maut di tangan tuhan..seandainya Dia tidak mengizinkan maka x jadilah ia walaupun diusahakan bersungguh2..

Aku sentiasa mendoakan semoga kebahagiaan akan sentiasa mengiringi Siti Nurhaliza serta keluarganya kelak, menjadi isteri yang solehah serta ibu yang sejati dan tidak lupa semoga diberi hidayah olehNya agar beliau akan menutup auratnya satu hari nanti…InsyaAllah…


++ Live.Life.Cool ++

 

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Love Purple and Maroon. Meluah kata kadang tidak semudah yang difikirkan. Pabila berbicara, banyak hati yang perlu dijaga sehingga ada kalanya kita terpaksa mengabaikan perasaan sendiri. Terkadang bila ingin meluah, lidah kelu untuk melontar butir kata. Gembira, marah, merajuk, suka, duka semuanya dipendam. Keterbatasan emosi membuat kita kerap menyimpan rasa dalam hati. Lantas ruang kecil ini aku jadikan satu medium untuk aku meluah rasa dan idea. Bahkan aku harap agar setiap emosi yang mewarnai diri ini akan menjadikan hidup aku lebih bermakna untuk aku kenangi sebagai kisah klasik yang indah.

Sofie's Mind Copyright ©. Designed by Whitey Mommy